RSS

::weewittt::

Pertama kali tangkap gambar bersama-sama setelah setahun lebih bersama. Dan saya sangat teruja, terima kasih. Walaupun beberapa keping gambar itu nampak saya sangat montel. 

-

-

-

-

-

-

-

Menyebabkan saya tamo upload, haha...

-

-

-

-

-

-

-

-


Nak upload gambar yang satu ini sajok!

*erk.. I love U! Do U love me too?*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

jodoh itu rahsia Allah.

Sape eh jodoh saya? huhu...

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Sangat berharap jodoh saya itu seorang yang boleh membimbing saya dan bakal anak2 saya ke jalan yang di redhai Allah~ amin3

-

-

-

-

-

Dan doa saya lagi, kalo tidak berjodoh dengan yang sekarang ini, agar dijauhkan hati kami dengan cara baik tanpa dendam dan sakit hati, amin3.

-

-

-

-

-

1001 pertanyaan, sebab ianya salah satu daripada rahsia Allah~ 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

mengarut.

Pernah saya cakap dengan ma bahawa saya tak pernah kisah tentang jodoh saya.Sebab ma seakan-akan risau dengan keadaan percintaan saya sekarang ini, mungkin pada penglihatan ma saya seakan-akan meletak 100% hati saya pada si Dia, dan menyebabkan mungkin ma risau apabila satu hari nanti hubungan ini tak berjaya, saya akan kecewa, hati remuk redam, haha... 

Tiap kali phone call dengan ma, mesti ma tanya.. "ehem2.. datang Tawau lagi ka?". Aku hanya mampu tergelak sambil tanya semula, "Napa risau betul ni? Bukan nya kami buat apa pun, haha...". Saya faham kerisauan di hati ma. 

Dan pernah sekali ma menyuarakan hasrat masa hari pertama sampai Tawau, mungkin sebab dia nampak kami berdua dah macam belangkas. Ma tanya mau bertunang tak? Gulp... saya yang seakan terkejut sebab saya sendiri tak pernah terfikir hal itu, sangat lama lagi kot. Mungkin saya pernah gediks gatal cakap dengan kawan-kawan yang saya teringin sangat nak bertunang. Tapi perasaan saya masa cakap tu adalah seperti perasaan saya sewaktu mau shopping kasut atau baju. Bila dah bangun tido keesokan hari nya perasaan itu akan hilang, hanya eksaited pada waktu tertentu sahaja. 

Sebab itu saya cakap saya tak kisah jodoh saya dengan siapa, biarpon bukan dengan orang yang bersama dengan saya sekarang ni pon, saya tak kisah.. mungkin saya sedih la jugak tapi saya boleh terima InsyaAllah, sebab jodoh itu adalah rahsia Allah ;) dan saya hanya mampu menerima dan menikmati, apakah? hihi

Bukan nak kata saya tak letak 100% perasaan saya pada hubungan sekarang ini tapi yes.. kena berpada-pada, simpan sikit untuk diri sendiri ;). So mum, no worries k!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

just tried.

Umur semakin meningkat menyebabkan saya risau sangat dengan condition kulit muka dan kulit badan saya, huhu~ maka terdetik la di hati untuk mengambil collagen dan jugak vitamin-vitamin yang menegangkan kulit kan sebagai contohnya vitamin E.

Kawan-kawan suggest untuk minum cocoa collagen je dulu, dorang kata best.. buat status kat fb hari tuh, 2 kerat manusia la yg promote benda ni, siap private message (pm) lagik tuh, hikhikhik.... kata ini la itu la~ okay la, saya pon tertarik!

Dan sekarang dah mula minum, baru 3 sachets... mesti la tak nampak perubahan lagi kan~ My Incik Munchet dan ada kawan yang tanya nape nak ambil collagen, kulit muka takde la bermasalah pon, eh.. tak bermasalah ke? muka memang la tak bermasalah.. tapi kulit seluruh badan rasa macam tak best, macam bukan kulit perempuan je, ekeke...

 *gambar amek dari pacik gugel jeh*

Lepas tuh kan saya gatal-gatal nak tukar beauty produk, saya nak try test cuba kat bawah ni hah~ saya paakai dua je, dia punya moisturiser dan jugak vitamin E oil~ konon-konon nya nak visible kan pore dan sekata kan warna kulit, tah jadi ke tak pon tak tau!

Tapi produk ni best jugak, tak oily macam abother Vitamin E oil, moisturiser dia pon best sebab tak panas dan tak menyebabkan berpeluh. So, bye2 Tia Amelia, nanti I rindu I pakai U semula okay! ;p

 *moisturiser yang macam best, tapi saya pakai yang 3000 I.U*

*Vitamin E oil yang tak seberapa nak oily pon, just okay la*

p/s: petang ini akan bertolak balik ke Tawau, semoga dimurahkan rezeki ku Ya Allah, amin~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

terima kasih.

Yeay.. 22 Nov 2011, saya dah berumur 24 tahun~ dah layak untuk kawen kan? hehe...

Terima kasih saya nak ucapkan kepada Incik Munchet saya sebab datang melawat saya hari Sabtu yang lepas, bawak saya makan sempena hari lahir saya yang akan datang, biarpon kami sambut beberapa hari awal, tapi takpe la.. pada saya waktu itu tidak penting sangat, apa yang penting saya dapat lihat Incik Munchet saya berada di depan mata saya ;)

Dan terima kasih jugak kepada kawan-kawan yang mendoakan saya dengan dia, harap-harap berkekalan dan berjodoh la kami yek, amin....

Dan lagi khas untuk ahli-ahli rumah sebab nak buat suprise konon-konon nya tapi saya dapat menghidu kegiatan mereka, thanx for the cake korang~ kalo I tau ada cake, I tamo la makan dinner, I makan kek je, hehe....

p/s: saya berharap masih bersama lagik untuk tahun depan, amin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

and again training.

Malam ni akan terbang ke kL, dan berada di sana selama seminggu untuk training. Baru masuk bulan ke 2 kerja pon dah ada training kan, harus la sebab keje melibatkan sales target, kalo buleh kena hari-hari training kot, hihi... over ko!

Saya akan bertolak dari daerah tercinta, eeuww~ bila dah duduk alone baru la tau maksud kg halaman tercinta dan juga homesick sangat-sangat. hihi.

Balik umah maci tak bawak apa-apa buah tangan sebab saya tak sempat, huhu... hanya sempat packing baju kotor saya saja sebab rumah saya takde mesin basuh, hari tuh basuh jugak tapi x sempat kering sebab Sabtu hari tuh saya bizi dating sampai ke petang. *lepas ni tatau lagi bila baru boleh dating*

Dan yang paling penting, saya akan kebosanan lepas je balik dari kL nanti, huhu~~

okay la, mau packing baju! malam satgi i mau fly.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mungkinkah di duga lagi?

“Sekuat mana saya setia, Sehebat mana saya merancang, Sejauh mana saya menunggu, Sekeras mana saya bersabar, Sejujur mana saya menerima awak.. Jika ALLAH tidak menulis jodoh kita bersama, kita tetap tidak akan bersama”

Emo kejap baca perenggan di atas. Setiap bait perkataan saya fikirkan, huhu…

Ya, saya bersedih… sangat sedih bila orang yang diharapkan membuka aib diri di depan orang lain, huhu…

Bila yang diharapkan tidak kuat setia nya, huhu….

Bila orang yang diharapkan hanya menganggap diri ini perhiasan semata-mata, huhu… dan bukan seorang yang sangat penting bagi dia ;)

Adakah diri berjumpa dengan orang yang salah lagi kali ini? Mungkin kah diri di duga lagi, huhu…

Adakah saya terlalu degil sebab tidak mempedulikan nasihat orang lain?huhu…
Banyak sangat huhu hari ini..
Mohon diberi kekuatan untuk diri sendiri, amin….

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

dot... dot... dot...

Sejak balik dari kL memang menyepi langsung la ye si dia, huhu… Sampai 2 3 kali berfikir nak delete ke tak, delete ke tak?

Akhirnya, amik keputusan untuk tidak mendelete.. simpan je sampai bila-bila, bukan nya luak apa-apa pun kan, ;)

Dah 3 minggu kat Tawau sorang-sorang.. maksud nya dah 3 minggu jugak aku jadi IC, pergh.. dalam masa 3 minggu baru dapat sorang customer, tu pon aku anggap sebagai bernasib baik sahaja, maksudnya dia beli bukan disebabkan kepakaran ku dalam bidang marketing, mungkin hanya bernasib baik ye~

Bermacam-macam ragam orang yang aku jumpa la kat bank ni, staff mau pun customer semua nya sama… huhu~ Kalo nak kata pasal staff, when you come to the bank as a customer, u can see all the bankers look like very professional one, but u never know what happen inside.. haha~

When it comes to customer, oh yeah.. I bet u are very familiar with this slogan, customer is ALWAYS right, no matter in what situation, from 9.15 am to 4.15 pm, u have to put a big smile on your face even though at that time you were scolded by customer.

Dan sangat berharap hari-hari yang mendatang, dipermudahkan segala urusan ku dan dilimpah ruah kan rezeki kami, amin….

Apa pun masuk minggu ke 3 ni dah tak macam minggu pertama yang asyik menangis je siang malam, bangun tido nanes, sebelum tido pon nanes.. haha~

p/s: kekadang terfikir jugak untuk kerja kembali di negeri sebelum ini, huhu… 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

now at Tawau.

Oh yeah.. dah dekat seminggu berada di Tawau, dan ni 1st entri selepas menetap semula di bumi Borneo ini, macam busy sangat ja kan, padahal kat bank tak buat apa pon, tapi siyes a little bit tension sampai takda mood mau menulis.

No more bunyi bising ktm yang lalu sebelah rumah ja, and seriously me missing that sound very much! hukhukhuk...

Takda lagi gossip girl yang akan duduk bersila ramai-ramai di tengah kipas lepas balik kerja, pastu semua mulut pot pet pot pet... itu ini tak puas hati~ now, balik-balik rumah, hidup sunyi sepi, uwwaaa!

Sangat merindui saat-saat itu. Kecelaruan perasaan ya sekarang ini, orang lain happy balik kg masing-masing, tapi tidak aku, huhu....

Okay sudah la, jap lagi bengkak mata sebab nanes-nanes...huhu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thank You Sayang.

Thank You sayang....

Untuk segala-galanya sepanjang 2 hari ini.

Tuk penat lelah you, uwwaaa.... 

and I sangat happy jugak~ *wink3*

p/s: I Love You! 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

antara dua.

Saya bukan la seorang yang senantiasa berada di jalan yang betul.

Dan kalau boleh saya tamo berada di tengah-tengah keadaan yang memaksa saya untuk memilih.

Sebab saya tak suka dan sangat takut sekiranya tersilap pilih. 

Kawan saya cakap macam ini, takde restu takde kebahagiaan, and yes.. saya juga percaya itu T_T~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

perasaan bercampur-baur.

Dalam masa 4 hari lagi, akan pergi meninggalkan kL, dan kembali untuk bertugas di negeri sendiri~

Siyesss... perasaan kacau bilau, tak tau napeeee?

Teringat cabaran masa mula-mula datang kL, dengan masalah kerja takde lagi, rumah takde, hidup terumbang-ambing, thanx tuk family Ieka yang banyak sangat membantu kami (saya dan Miro) sebelum kami berdua mendapat rumah kami sendiri, thanx a lot!

Sebelum raya nekad sangat untuk anta surat resign kan, bila dah anta surat resign, ligat la tangan untuk apply keje lain dan ter'click' dekat position Ins Consultant tuk RHB, dia call untuk interbiu position kat Tawau, time dapat call tuh, terus mesej My Incik Munchet gtau dapat intebiu kat Sabah, dia suruh pergi biarpon sebenarnya sangat berat hati nak pergi intebiu hari tuh~

Dan tak sangka la pulak, boleh lepas intebiu tersebutt~ tapi menganggur jugak la sebulan sebab tunggu posting ni lama kot. Tak terasa ya kawan-kawan sekarang dah nak sampai ke penghujung training, dan tiket flight pon sudah di beli iaitu pada 21.10.11, 7.15 am... ohmaigod! 

Perasaan bercampur-baur mau tinggalkan rumah yang memang best ini dengan harga yang sangat berpatutan, sesungguhnya saya berpuas hati~ Dan rumah ini pon dah jadi sunyi bila Afi dah tak selalu balik rumah, dan Sabtu yang lepas secara officially nya Miro telah kuar rumah ini dengan mengangkut semua barang ke Bangi. 

Bila secara tak sengaja terpandang rice cooker atas meja makan, tetiba teringat betapa susah payah nya aku dan Miro angkat benda tuh naik lrt, dengan gaji pertama kami ;), merembes-rembes air mata bila teringat saat-saat itu, T_T

Sesungguhnya aku sangat menghargai kepayahan itu!

p/s: kepada ahli rumah, semoga kita berjumpa lagi, halal kan makan minum dan hutang piutang kalo ada yang tak terlangsai, and all the best okay! *sedey nya*






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

hargai lah.

Belek-belek gambar lama dalam FB, terjumpa gambar di bawah....


just one word. "RINDU"

Zaman belajar adalah masa yang sangat seronok dalam hidup, bila masalah yang ada tak sebanyak sekarang. Bila sekarang diri ini semakin ter'expose' dengan kerenah-kerenah manusia yang pelbagai, yang kadang-kadang menyebabkan kita terpaksa berdiam diri, untuk kebaikan kedua pihak, perhaps! perhaps! perhaps!

p/s: hargai la orang yang tersayang *tetiba pulak* huhu


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

berdebar-debar. nebes la. risau la.

Kurang daripada 2 minggu akan memulakan tugas di tempat baru, position yang baru, persekitaran yang baru, semua nya baru la.. dan position ini adalah position yang new launch untuk *** Bank Sabah. 

Berdebar-debar, risau, susah hati... nanti dah lapor diri kat branch pastu tak tau mau buat apa kan~ tak tau la Branch Manager okay ke tak, kawan-kawan sekerja pulak banyak Chinese ke Malay pon tak sure, sebab selalu nya kalo dekat Sabah, mostly bank occupied by Chinese only, risau dengan persekitaran kerja. Harap-harap la dipermudahkan. Amin.

Ada jugak tanya kawan-kawan telemarketer untuk *** Bank, dorang kata customer untuk *** Bank sangat-sangat la responsive. Ya la, kalo tak responsive tak la komisen dorang sampai ribu-riban kan... tapi telemarketing customer dari semua negeri, bukan hanya 1 negeri~

Yes.. hanya mampu berharap, kawan-kawan sekerja semua nya okay dan saya pon dapat menyesuaikan diri dengan tempat kerja dan daerah yang bakal saya duduki, huhu... 

Dan berharap rezeki saya memang berada di sana ;)




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Check in training.

Ahad yang lepas check in "hostel" untuk training kat RHB Complex Bangi, aku dan Mira masing-masing membayangkan macam mana la keadaan hostel eh..

Mira : Mcm mana la hostel kita nanti eh mok? selesa ke tak?
Aku : Mcm motel kot.. *tapi tetap packing bed sheet dan jugak selimut*
Mira : Amboi.. perasan sungguh!

Tapi hari Ahad tu, masing-masing takda mood untuk lapor diri.. Dekat pukul 11 am baru kami berdua bergerak untuk packing barang-barang, tu pun packing ala kadar ja, sebab memasang angan-angan untuk balik setiap weekend. Pukul 1.30 pm semua dah siap, kami pun bertolak. Packing ala kadar pun, beg yang di pikul tetap berat ok, dah la kena naik "komuter yang sesak". Berpeluh-peluh dan berjoget-joget dalam tu.

Sampai ja stesen UKM, bf Miro datang fetch dia, I tumpang sekali *en boyfie jauh kan, sob3*~ haha... Dalam KTM lagi dah cakap kat Miro yang aku lapar gila, so singgah makan dulu dan terus la ke tempat training kami, uishh.... jauh weh, cmne aku mau balik time weekend ni? Panggil taxi, kompom la mahal, dah la duet memang tinggal ciput kan sebab tak bergaji selama sebulan ini,huhu....

Tapi bila dah sampai training centre tu, ma aih.. bangunan cantik okay, padahal time tu tak masuk hostel lagi~ kami pon pergi la amek kunci hostel sambil kami kepoh-kepoh jakun dekat lobby tu~ Bila dah masuk bilik hostel, fuiyoo... hebat dan best gilak macam hotel! hati pon senang la konon-konon nya mau training~

p/s: makan 5x sehari.. hati jadi risau!




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:: akan terbang balik negeri semula ::

Kurang daripada sebulan akan menetap di Sabah semula..

Perasaan?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Dah sampai Sabah nanti baru nak update perasaan tersebut~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:: Jum kita berflamingo ::

Dulu makan cimcum dengan coursemates yang super duper best~ tapi itu beberapa tahun lalu! Sekarang dan bila-bila tak mungkin masa itu akan berulang semula..

Sekarang mari lah berflamingo dengan bekas rakan sekerja... biarpon harga berflamingo lagi mahal daripada harga bercimcum, tapi okay la tetap best.. makan banyak mana yang ko nak, sampai muntah pon takpeee...

Lagipon dekat flaming steamboat restaurant ni ada oyster, seafood banyak gila-gila~ makan sampai perot dah jadi sama besar dengan breast! ganas kan...


Kami yang makan tak hengat!

Anyway, jodoh I dengan Amiera Mok sangat la kuat ye bila dia pon dapat position yang sama dengan I kat RHB tu, haha... Mok, pas training kita duk jauh-jauh dah, sedey pon ada kot~ kepada ahli rumah yang bakal tinggal 3 orang, anak-anak kandung dah nak blah dari rumah ini, jaga diri baik-baik yek!


Ini adalah ahli rumah!

p/s: training 3 minggu pastu akan balik semula ke negeri asal!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

::Congrats Asmahani Awang!::


Yeayyy~~ dari muka terserlah kegembiraan yang tak terhingga yep bila akhirnya berjaya dapat degree! Nway, congratsss... and all the best for your Phd ya~ You memang sangat rajin dan gigih untuk belajar lagik, sedangkan I sangat gigih untuk mengumpul harta, hahaha.. *gila materialistik*

Yang turut sama meraihkan kegembiraan ini, dapat dilihat pada wajah bapak di gambar bawah ini~ haha


Dan seterusnya tak dilupakan kakak mu yang sentiasa hot ini, wakaka... *mati lah jugak ada orang perasan begini*


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

All About Face.

Uih.. sebab bosan yang teramat sangat harus la membuat entri yang tah pape, tajuk entri All about Face, hurm.. kompom la isi entri pasal skin care & cosmetics kan, huhu… Memang pon!

Kalo skin care tuh selalunya merujuk kepada produk untuk menjaga kulit, macam contoh nya cleanser, toner bla bla bla.. manakala kalo cosmetics bagi pemahaman saya adalah benda yang kita conteng-conteng kat muka bagi cantik or comot.. Kalo make up pro, cantik la ia.. Kalo yang tak reti make up macam kami-kami ini, yakin saja la weh wajah itu cantik biarpon sebenarnya comot bila kuar pergi kerja, huhu…

Tapi siyes saya suka saya punya skin care sekarang ini, tamo tukar-tukar dah.. biarpon beberapa bulan yang lepas ada menyimpan hasrat untuk memakai Artistry yang mahal beratus-ratus itu, tapi saya batalkan niat memandangkan kerja saya sekarang adalah tak stabil, so Marni sila jangan gatal! Marni love Tia Amelia yang dah pakai lebih daripada 2 tahun kot~ yeay!

(1)  Sabun muka or cleanser.

Fungsi sama ja sebenarnya untuk membersihkan muka. Beza sabun dan cleanser, mungkin cleanser lagi mild kot compare to beauty soap, sebab pas basuh muka guna beauty soap, muka rasa tegang gila dan bersih sangat-sangat, tapi tidak kalo guna cleanser. Both also okay! Beauty soap? Beauty ke masalah nya, huhu...


Price : RM 10/seketul

(2)  Skrub muka.


Guna jenama Elianto, just tried it for a few weeks… mula-mula pakai cam menggelupas tapi sikit ja la, tapi lama-lama dah okay, harap-harap kulit saya pasni cam telur kena kupas, ekeke…*perahsan*


Cost me around RM 30 kot, pandai sungguh salesgirl tu convinced haku, cis!

(3)  Toner.

Dulu tak pakai toner pon, pastu ada my frens wifey, she came to my house for facial demo, Artistry skin care, then dia pon bagitau toner kena pakai lepas basuh muka, sebab apa.. dia kata macam kita basuh lantai la, at first kena sapu sampah dulu (ibarat basuh muka guna cleanser), then kena mop pulak (yang ni ibarat pakai toner la). Okay then, I just follow.. tak rugi pon~



Yang ni RM 18 camtuh kot.

(4)  Krim malam.

Kalo Tia krim malam also known as krim pemutih, tapi siyes weh.. krim ni memang magic kalo amalkan. 2 tahun lepas, muka jenis yang banyak bekas jerawat tapi bukan parut la, yang hitam-hitam tuh.. pakai tak sampai sebulan pon, buleh kata dah hilang~ Very the loike! Tapi pakai sebelum masuk tido yek, agak2 setengah jam lagi nak tido tepek la tapi make sure basuh muka dulu~ Rajen nya haku!


RM 27 

(5)  Krim Kunyit.


Krim ini pakai nipis ja lepas pakai krim pemutih tu. Tujuan adalah mencerahkan jugak kalo tak silap. Tapi kalo jerawat tengah kembang mekar, bubuh setepek kat jerawat tu, esok dia akan kuncup.



pon RM 27, ni pakai lagi lama dari krim pemutih 

(6)  Sun block/Foundation.


Selalunya guna Tia, best.. bau pon wangi, senang hati nak pakai, berminyak pon tak, panas pon tak. Satu lagi, Ery promote, naturactor kot, pakai kalo kuar waktu malam ja la, mula-mula pakai best.. dah lama sangat pakai perasaan jadi tak gembira, rasa macam kulit muka jadi kusam bila pakai selalu.. *eh.. igt muka glowing kah?* hakhakhak…



juga around RM 27 kot...


yang ni RM 30 kot, lama dah beli...

(7)  Compact powder Pixy.

Huiyoo.. ni compact powder terbaik yang saya pernah pakai, tamo tukar-tukar dah, harga pon affordable, murah-murah saja. Alergik barang mahal-mahal ini bak kata Miro Mok, hihi.. Pastu bila tepek kat muka, memang kulit jadi cerah.. tak tipu! Rakan sekerja dulu cakap, eh.. pakai kaler ni ke, gelap kan? Tapi apsal kat muka nampak cerah ja, see.. see… Pastu kitorang pon teruskan bergosip!



yang ni murah gilaa.. refill tak sampai RM 15 ;)

(8)  Eye Shadow.


Ni sebenarnya jarang pakai, kecuali nak pakai eyeliner tebal-tebal, memang kena pakai sebab mata tak segalak mata orang lain, nanti eyeliner jadi comot kat atas kelopak mata, damn! Bila pakai ni, kompom eyeliner tak comot sampai ke petang ;). Yeay pandai carik penyelesaian!



(9)  Eyeliner.


Wajib pakai even nipis. Ada bermacam-macam jenis eyeliner tapi tetap minat Amiera Nawi punya Avon eyeliner, sedap gila pakai.. comot pon tak~ nak dapatkan 1 la!



yang kat belakang sekali itu, siti fatimah bagi saya secara free. thx ctfy!

(10)  Mascara.

Guna silkygirl ja, senang mau basuh kalo solat.. even dia kata waterproof pon, podaaahh… tak proof  pon, sekali basuh ja dah luntur! Tapi tetap suka~



(11)  Blusher.

Tak wajib pakai pon. Kalo rajin ja tapi saya suka kaler keorenan dan kecoklatan, love it! Pink tak berapa nak suka, eeeuuww~ tapi kadang-kadang pakai saja la!



love this set of kaler!

(12)  Lipstick/Lip gloss.

Lipstick tak berani pakai jenama lain selain daripada Maybelline sebab bibir akan menggelupas macam kekeringan. Sakit weh tak suka. Lipgloss pakai ja jenama lip ice, warna pon cantik. Wajib pakai nanti nampak macam mayat.



(13)  Make up remover.

Lepas main mekap-mekap, kena la ada mekap remover… Tapi saya pakai olive oil jenama safi ja, before ni pakai gak silkygirl punya mekap remover, tu pun sebab free kan, tapi tertinggal kat rumah masa cuti raya, tapi tak best pong! Lepas pakai rasa tak selesa, tu tak beli dah.

Tapi selalunya untuk Tia Amelia terus beli 1 set punya, lagi jimat banyak kot.. 1 set around RM 80-RM 95~ see.. see... jimat kan?



Yang benda dekat bawah ini memang akan senantiasa berada dalam handbag saya yang besar gedabak itu ;)


Perghh.. rasa nak muntah update panjang-panjang camni, aiyoyo.. sebab ni takde keje langsung la ni, aduhai~~




p/s: letih menaip.. lapa~ lapa~ nak makan!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sejak bila aku alergik dengan hujan.

Saya dalam keadaan tidak sehat. Selesema, sakit tekak, sakit kepala dan yang tak buleh blah saya sakit-sakit badan weh... Kenapa? Sebab masa dahulu kala, masa kecik-kecik la, saya adalah seorang yang sangat susah nak jatuh sakit, sebagai contohnya mungkin dalam setahun tuh mungkin sekali dua je saya demam...

Tapi masa sekarang ni, aiyoyo... bulan ni je, dah dua kali saya demam~ seingat saya balik je dari bercuti raya hari tu, saya demam jugak... Mungkin sebab masa tu letih sangat kot, 2 3 hari tak cukup rehat tak cukup tido, balik-balik kL terus badan panas, kepala sakit, hidung mengeluarkan cecair... and etc la! Dah la esok nya kena buat medical check up kan, saya informed awal-awal kat staff klinik tu yang saya demam, saya risau pulse jantung saya tinggi sangat, nanti doc terkejut, apa-apa la saya ni...

Dan sekarang saya tak sehat lagi, wuwuwu... demam panas tu tak la tapi hidung saya ni hah tersumbat, macam mana nak tido? kena la nganga mulut luas-luas dan bernafas, hodoh nya! Pastu kepala rasa berat je, tulang sendi pulak rasa sengal-sengal, takan saya dah tua kot? T_T tapi pelik la? saya muda lagi, kalo mama saya dengar penyakit saya, tentu dia bagi jawapan macam ni "badan tuh berat sangat, tu tulang semua sakit".. oh kecik hati!

Bila fikir-fikir ini mesti disebabkan saya reda hujan tempoh hari tapi kan dulu saya tak alergik pon air hujan ni, hujan lebat macam mana pon, saya basah kuyup pon, saya tetap akan sehat.... adakah sebab dah tua ni antibodi badan berkurang? or adakah saya banyak dosa, oleh itu Allah bagi saya ujian untuk menghapus dosa kecil saya? wuwuwu...

p/s: demam-demam ni saya nak boypren saya, eh.. silap nak mama saya~ *gatal eh*


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:: Before and After ::

Pagi tadi kat facebook gatal buat status nak bersihkan rumah? bersihkan? Memang dah bersih~ cuma nak kemas sikit-sikit jeh....

En Boyfie sila tengok bila Cik Girlfie rajenn.. *motif?*

Tapi En Boyfie tengok picca after ja la.. jangan tengok yang before itu, hehe~

 yeehaa... after di kemas, takde la kemas mana pon~ boleh la hidup bujang, eh ada kaitan ke?

Sebelum di kemas, agak horror sikit ghope nye ye, huhu... Atas meja makan tah ada apa tah, kat ruang tamu lak macam bilik tido pon ada gak, cam opis pon ada gak sebab laptop ikut suka kitorang je nak letak mana, so sangat-sangat la horror~ eeuuwww!!!

jangan pengsannnn~ standard la kan, tido kat ruang tamu ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:: Saya Yang Dobok ::

Tadi siang lepas jeh siap urusan collect offer letter kat RHB Jalan Tun Razak sana, terus meredah hujan yek untuk mendapatkan teksi terus ke LRT Ampang Park, berjanji dengan Cik Hawa Bulat untuk dating dekat Sogo sana.. aiyok~ Sogo hari ini bagi pengalaman ngeri la dengan saya, tamo ingat.. saya takut sebenarnya kena marah-marah, maki-maki depan orang ramaii... ngeri kalo ingat!

Turun kat Masjid Jamek, Cik Hawa mesej dia ada kat Semua House, uishh.. jauh nye ko parking punggung kat situ, kena la aku menapak di tengah-tengah hujan renyai ini, gigih sungguh untuk mendapatkan Hawa Bulat sebab dah lama tak jumpa, rindu nak gosip pasal call floor ;)

Semangat jalan laju-laju tuk jumpa si Hawa tuh hah, dari jauh lagi aku dah siap lambai-lambai tangan kat dia, hehe... pastu sampai je kat depan dia, buleh lak dia gelak kat aku sambil cakap "badan ko dah naik la wehh, betul kata k mazuin..."

Uwwaaa... Hawa, aku nak jumpa ko bukan nye nak suruh ko g ukur besar badan aku tuh hah~ Aku memang tau aku semakin dobokkkk!

So, masalah aku sekarang adalah camne weh nak kurus?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:: Siyes.. saya pon takut sebenarnya ::

Sejak kebelakangan ini ramai sangat kawan-kawan fb buat status pasal boyfie masing-masing yang curang, boyfie pasang 2 3 orang kat belakang, bila baca status demikian rupa, dengan saya-saya sekali ikut sentap.. Teringat-ingat kenangan dahulu kala, bila perasaan dipermainkan memang sakit sangat-sangat, tak boleh nak ceritakan macam mana keperitan itu, ecece...

Nak lupakan sama sekali sangat la mustahil kot, nak lupa kan sikit-sikit pon ambil masa yang sangat panjang, bulan pertama sangat la seksa, ye la.. kata kan la dah ko memang setia gila kat dia, berangan-angan nak kawen segala, kompom la pada masa yang sama ko takan sms or contact dengan lelaki lain kan, bangun-bangun tido, sebelum tido asyik main mesej dengan dia jeh, tetiba bila dah gaduh dan putus apa semua, esok pagi bangun nak meroyan bila tengok takde mesej, tunggu sampai ke tengah hari petang dan sampai ke malam, pon takde juga.. uwwaaa~~ sedey gila perasaan! memang nangis je la keje.

Teringat kat diri aku masa final year kat USM, taktau nak describe camne perasaan tersebut, sampai sekarang kalo teringat mahu menitik air mata, sedey dengan nasib diri.. Bukan sorang dua pompuan call aku sebab lelaki tersebut, tapi okay sebab sangat sayang menyebabkan aku mebuta kan mata, memekakkan telinga ye pasal benda-benda yang dah terang lagi bersuluh, fineeee.....

Sampai la ke satu malam, cannot behave anymore kot, bila aku call tak angkat-angkat, pastu siap reject call aku, tetiba aku buat drama la pulak malam tuh, lari laju-laju menuruni tangga dari tingkat 3 ke tingkat 1 sambil tahan air mata daripada tersembur keluar, ketuk pintu bilik Miro kuat-kuat dan nangis cam budak-budak kecil kehilangan mak malam itu, Miro dapat tengok wayang free malam itu, haha....

Balik-balik je bilik, aku pon buat keputusan, malam tu sebelum aku tido, aku nak anta mesej tanya dia suka aku lagi ke tak? biarpon time tu, aku dah tau jawapan nya kot tapi tetap nak tanya, nak jawapan yang betul-betul pasti supaya aku puas hati... Dan akhirnya soalan aku tak berjawab, oh yeah.. esok pagi aku bangun nekad gila-gila takan cari dia lagi.. nombor dia dalam phone aku delete, tapi semestinya aku masih ingat dalam otak, gambar-gambar aku tak delete sebab sayang sampai sekarang still simpan tapi henpon tersebut dah rosak, haih~

Dan 2 bulan jugak tak contact dengan dia, tapi serius tak bule nak tipu perasaan, sakit hati, rindu semua ada kot, uwwwaa... tapi orang dah tak suka, tak nak layan takan aku nak terhegeh-hegeh, tamooo~~ tetiba satu malam selepas 2 bulan, ada satu sms masuk.. sopan sungguh ayat dia, aku masih ingat.. "assalamuallaikum siti marni... " tak boleh tahan, rasa nak nanes bila baca sms tu, lemah nya hati aku kan, haha.. nasib baik la masa tuh tengah makan dengan K Ida dan juga En Fahmi, kalo tak aku dah nanes bersungguh-sungguh kot...

Dan time tu, memang perasaan bercampur baur, suka benci sayang rindu sakit hati, oh yeah semua ada... tapi sekarang dah takde perasaan apa dah dengan dia, dah tawar hati, even dia guna ayat yang berbunga-bunga bila call, buatkan saya terfikir jugak kadang-kadang tapi bila teringat apa yang dia buat dulu-dulu macam sangat mustahil kot nak ada perasaan lagi dengan dia, tapi kalo memang jodoh yang tak boleh di tolak, well.. saya terima jeh dengan redha, pergh.. berangan lebih~ haha

Tapi saya sangat berharap semua kenangan-kenangan pahit tersebut tidak la berulang lagi dengan orang yang saya bersama sekarang ini, huhu... seandainya terjadi jugak, what can I say, dah takdir, kena la terima dengan tabah... tapi saya sangat berharap tidak terjadi lagi...

Okay air mata saya dah sangat banyak merembes-rembesss... sedeyyy wehh~~ 4 tahun bukan la masa yang sangat singkat tapi dah nama nya bukan jodoh T_T


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

pelik nya.

uwwwaaa... pelik nya bila perasaan jadi pelik cenggini~

pelik nya bila lepas dapat call, ayat tersebut terngiang-ngiang di cuping telinga~

pelik nya bila aku asyik terfikir kan maksud ayat tersebut~

pelik nya bila aku rasa sesuatu yang...

uwwaaa.. pelik!

p/s : kenapa tidak dari dulu kamu sebegini rupa? T_T

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kata boyfie saya dan kata saya.

Main-main mesej dengan my boyfie.. tetiba cakap kat boyfie yang housemate sedang sebok dengan hari pertunangan beliau dan saya ikut jeles dan eksaited bila dia membeli barang-barang hantaran... 

Pastu cite-cite kat boyfie saya pasal gubahan hantaran kawan saya ini... dan berangan-angan la saya meletakkan diri saya di tempat kawan saya itu, ceh.. haha~~

Boyfie kata : barang hantaran mana yang buleh buat, buat sendiri... 
Saya kata : saya tak kreatif untuk buat gubahan hantaran.

Boyfie kata : hantaran tak penting, yang penting kasih sayang dan selepas kawen jugak perlu kan duet.
Saya kata : kawen itu sekali seumur hidup (yeke?haha..). so, hantaran pon penting jugak, kita bagi barang-barang yang penting ja la macam kunci kereta, kunci rumah, kunci peti besi, kad kredit (oh.. barang yang macam materialistik itu, saya tak cakap pon ngan boyfie I, saya simpan dalam hati, haha)

Boyfie kata : kalo macam tuh u bagi set dapur, I bagi set ruang tamu dan set bilik tidur (o0psiee... bedroom?)
Saya kata : cisss...

Boyfie kata : dia nak hantaran red wings shoes apa tah...dan bla bla bla
Saya kata : I nak SKII skin care set dan bla bla bla

Boyfie kata : (dia bagi link kasut yang dia nak sebagai hantaran)
Saya kata : *terus pengsan bila tengok harga*

Pastu tak cakap dah pasal hantaran kawen sebab saya dah pengsan tengok harga kasut yang dia nak, haha...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

semangat untuk diet berkobar-kobar.

Okay.. pas tengok picca orang kawen dengan Miro tengah hari tadi, semangat untuk memiliki bentuk badan yang sangat-sangat la curve berkobar-kobar... Fuiyoo~~ seksi weh kalo body curve sangat banyak, tapi bukan kurus cekeding maksud nya, kompom laki ko kat pelamin tak saba nak siap bersanding, hahaha...

So, sekarang semangat tuk diet berkobar-kobar biarpon tadi g open house rumah orang dah melantak dengan sangat banyak...

Takpe takpe yang penting semangat itu ada.. ;)

p/s: bila la body ni akan di datangi curve yang seksi meksi?? 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kemas cepat-cepat tuan rumah nak datang.

Pagi ni Amiera Gemok bagitau tuan rumah nak datangg... Nak check PC dia yang telah dirosakkan oleh aku, *eh aku ke? bukan la air tempias hujan yang masuk dari celah tingkap kot or cabel loose*

Pastu, Miro Mok suh tuan rumah check pili air yang asyik mengeluarkan air *dah memang pili air, kuar air la takan batu pulak kan* haha... Mengeluarkan air secara berterusan weh, non stop okay~ tu yang jadi luar biasa bil air tuh *pengsan sekejap*

Kalo tuan rumah tak datang, pada waktu macam ini, aku masih duk bergolek-golek, berguling-guling lagi atas tilam, sambil semua tubuhku di selimuti kain selimut, pastu pasang 2 bijik kipas, tekan button nombor 3 pulak tuh, lain lagi kipas yang melekat kat siling tuh hah, pusing laju-laju.. pergh.. best gilak rasa macam tengah tido di kala hujan, biarpon time tuh kat luar sana matahari panas terik.. *dah naik gila duk umah sorang-sorang, taktau nak watpe, huhu*

Tapi sebab tuan rumah nak datang, niat di hati nak meletakkan semua perabot di tempat yang betul, oh yeah.. di tempat yang sepatut nya~ Sebagai contoh, tilam tempat tido saya akan di tarik masuk ke dalam bilik semula, baru nampak sopan sikit.. Sebelum ni memang tido kat dalam bilik, tetapi selepas saya dan Miro terlebih rajin menyusun atur semula perabot dalam rumah ini, dan memindahkan kabinet hiasan (banyak cermin woo) ke dalam bilik, yang sepatutnya berada di ruang tamu.. Saya jadi seram nak tido dalam bilik tersebut, alasan adalah sebab kabinet itu banyak cermin, saya takut, wuwuwu.... Okay, saya admit, saya memang penakut sangat-sangat *ayah saya pon cakap macam itu*

Then, nak clear kan benda yang tak sepatut nya berada atas dine table ini... Dine table tika ini penuh dengan bekas-bekas kueh raya yang tinggi melangit sehinggakan botol vitamin yang memang ketot terlindung habes dek ketinggian balang-balang ini, menyebabkan saya lupa dunia sebentar bila mengunyah! Pastu banyak lagi benda asing yang kena di nyah kan dari dine table ini, termasuk la kerusi opis pon berada di dine table *apakah? haha*

Dan sangat perlu untuk melipat baju-baju yang telah kering, aiyoyo... paling tak suka la kena lipat baju, even baju sendiri yang beberapa helai itu, nanti bila dah kawen nak beli kabinet baju yang khas untuk menggantung baju banyak-banyak-banyak sahaja, boleh kan sayang? boleh la... boleh la... tapi sebab tak kawen lagi, maka ko kena lipat jugak Marni weh, ko takde pilihan ;(

Dan satu lagi benda yang aku tak suka, basuh pinggan... aiyark~ ni pon aku pantang, kena basuh pinggan, ohmaigoddd~~ bila adik aku datang umah aku ari tuh, dia suprise nampak aku basuh pinggan lepas masak, dia kata bila masa rajin basuh pinggan ni? haha... dah duduk bujang, ma takde, sape-sape takde, kena berusaha sendiri la, huhu... kalo tak buat menimbun pinggan aku, betapa berdikari nya Marni kalo duk sendiri-sendiri kan kan kan? aiyoyo.. kat singki ada 3 bijik cawan, kat dine table ni ada beberapa bijik cawan dan pinggan.. ohmaigod! *pengsan*

Banyak sangat benda yang aku malas buat kan.. Tapi masak aku suka, suka sangat-sangat, so nanti bila dah kawen, nak request hubby aku bagi sorang bibik la, bantu ngemas-ngemas jeh dong, masak nya biar gue yang buat, muahahaha... *gila pemalas*

Dah.. dah.. banyak sangat melalut sampai kawen-kawen and bibik sorang, cepat g kemas umah sebelum terlambattt~~!!


p/s: agak-agak nya my boyfie baca tak ni? aiyo.. habes la cancel terus! 







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

susah hati sangat-sangat.

Aiyoyo... aku memang jenis yang tak suka menunggu la, siyess~ aku rasa nak cepat jeh semua benda kalo tak hati jadi tak tenang macam sekarang ni la, sobsobsob...

Betul kata orang, penantian itu satu penyeksaan.. *baru sekarang faham sangat-sangat maksud peribahasa tersebut* Serba tak kena jadi nya kalo berada dalam status penantian kan kan kan?

Buat itu ini semua tak kena, tido tak lena *tu sebab aku kena tido banyak sejak menjadi penghuni tetap seminggu yang lepas dalam rumah ini*, makan tak kenyang *bukan makan tak lalu ye, oleh itu aku telah masak berjenis-jenis sayur mayur dan lauk untuk dinner*, mandi tak basah *sebab itu aku malas mandi, membazir air jeh, hoho*

Weyh, cepat la call or reply email saya, malas la lambat-lambat cenggini, saya carik yang baru kang.. Kalo carik yang baru, alamat duk kL la aku sampai ke tua kot, wuwuwu... 

p/s: cepat cepat decide my position okay, amin~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Entri yang terakhir pasal raya tahun ni kot.


Harus la dimulakan dengan gambar tuan punya belog sendirik, hakhakhak...

Taktau nak tulis entri apa lagik sebenarnya, tapi macam dah lama sangat jeh tak wat entri biarpon kan setiap hari aku duduk kat umah jeh, tak gerak g mana-mana pon...

Sekarang dah jadi part time graper yang sangat berjaya, kenapa part time? hah... sebab dah buat pre employment medical check up, tapi di sebabkan aku lupa nak buat follow up dengan company tersebut, maka nya sekarang aku terumbang-ambing sampai la training yang konon-konon nya akan bermula pada bulan Oktober ni sahaja, ohmaigod... sangat lama kot aku kena duduk umah, eeuwww~~ aku nak buat apa ni? aiyoyo...

*dah la, tamo fikir*

Last weekend, family Ieka ada buat open housee kat Beranang, jauh kan dari kL g Beranang semata-mata nak g makan, haha... Takpe, mengeratkan silaturahim apa ;)


Eh.. eh.. kata g open house, tapi sekali keluar gambar orang kawen pulak dah~ ehehe... g kenduri kawen dulu alas perot sebelum bertolak ke rumah Ieka, yang kawen tuh kawan sekolah rendah Ieka, kami hanya peneman sahaja... ;)


Aku dan Ieka sebok bergambar kat pelamin pengantin, ya la pelamin sendiri takde lagi kan, sabo jeh la, hihi~~


Kami-kami la yang travel dari Kl ke Beranang semata-mata untuk open house rumah Ieka, thanks Ieka untuk makanan-makanan dan kueh-kueh raya yang telah kami habis licin kan ;)

p/s: untuk pasangan pengantin tersebut, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat, amin!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

::Meeting jugak akhirnya::

Tak terasa hokeh cuti yang aku ingatkan lama itu, pejam celik pejam celik semalam dah 7hb, maksud nya apa? Ko kena terbang Key Ell semula la Marni weh, wuwuwu.... Berat nya rasa hati nak terbang semula, berjauhan dengan parents, adek beradek, my relatives, dan jugak si kekasih hati saya, mencabar sungguh perasaan semalam ketika kapal terbang nak take off, rasa nak menjerit "Berhenti! Saya nak turun..." 

Tapi itu sudah over, mesti adek saya yang duduk bersebelahan dengan saya akan buat-buat tak kenal saya lepas itu... Maka untuk menghilangkan keluh kesah di hati saya, mulut saya pon pot pet pot pet la dengan adik saya yang mata dah kuyu-kuyu nak tido, dan saya pon kena marah sebab non-stop talking~ 

Apa yang best raya tahun ni? Takde best mana la, sama jah dengan tahun-tahun yang lepas, cuma nya.. Maaf ma, maaf pak... duet raya yang saya bagi tak banyak, hihi... dan kepada king-king ku, maaf sebab tak dapat melawat sebelum terbang, banyak masalah teknikal...

Kepada kazen mazen ku, doakan saya di murahkan rezeki yek supaya tahun depan kamu-kamu buleh la mengepau saya ;).. Next time kita g makan seafood okay sebab hari tuh terkansel kan! dan saya pon buleh la berkahwin~ *eh..over* 

dan kepada munchet saya, thanks la sebab terkejar-kejar masa untuk bersama dengan saya di masa yang singkat itu, really appreciate those valuable momentos~ makan seafood di tengah-tengah hujan lebat (udang cheese yang terbaek, super duper like it), datang open house biarpon mata bengkak dan tengah keletihan, stay lama-lama kat umah sampai I dah kena jeling sebab asyik berkepit ja (thank u dear), kuar dengan I biarpon you letih kerja, teman I jumpa dan dinner with my BFF, jadi penenang I di saat I gelabah kena balik Beluran dan datang hospital di malam hari...

Now, I can feel the differences between 5 months and almost 11 months together when I left you last nite...


p/s: murahkan la rezeki kami dan permudahkan la urusan kami, amin~ 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:: Syukur Alhamdulillah, Thank U Allah ::

"Sebenarnya dah agak lama kot nak post ini entri tapi gue banyak risau la sebab itu surat medical check up, itu company belum emel me... tapi hari ini sudah adalah dalam itu gue punya inbox yahoo~ Thank You ***!"

Beberapa hari selepas gue selamat mendarat di bumi Sandakan ini, jiwa agak-agak kacau, tahpapeje kan.. Risau dengan "heart condition"~ hello! bukan sakit jantung yek, takde kena mengena! Ni "heart" yang satu lagi~ nak sangat menyebok, klik sini dan situ... *parah kan keadaan jantung gue*

Yes, Allah s.w.t sangat menyayangi gue, tamo gue bermuram durja, berduka lara, bersakit hati di pagi raya dan hari-hari sampai terbang balik Key Ell, last day puasa masuk satu phone call yang buat aku tersenyum lebar~ dandan menjerit kat dalam kete kan! over ko Marni~

Oh yeah... dapat keje kat Sabah, even kat Tawau sekalipon takpe la! I rela you~ Ma ayah pon senang hati sebab "anak kaki jalan" dan "anak kaki shopping" ni dah berada berdekatan dengan mereka.. 

Dan for my younger sister, good luck for your Phd okay, nanti dah keluar tak payah susah-susah carik keje macam akak ko sorang ni, uwwaaa~~!! Degree and Phd, jauh nya bezaaa ;(, nak sambung Master gak kalo ada rezeki! Go Marni Go~ "Master in Sains RumahTangga" *ampun mak*




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS