RSS

:: Selamat Hari Raya ::

Selamat Hari Raya semua nya...

Bila aku bukak facebook petang-petang tadi, meriah fesbuk dengan ucapan raya nya, dan lagi meriah ramai jugak kawan-kawan fesbuk dah change DP masing-masing dengan gambar raya pagi tadi... Siyes suka tengok warna-warni sebab raya ;)

So, aku pon berkobar-kobar la nak upload jugak gambar raya pagi tadi, dan nak tukar display picture sekaligus, miahaha....

Tadaaa~~  pon dah tukar display picture 3 jam yang lalu, bhahaha!

Bila belek-belek gambar siang tadi, terasa diri ku seperti gadis pingitan sebab memakai baju cotton pada hari raya, sebab tak g kemana pada hari ini... tak payah nak pakai baju lip lap lip lap~ pakai baju malap malap pon dah cukup yek....

Suasana raya pada tengah hari tadi lebey kurang camni la...


Yang kat depan tuh, gadis arab yang comel (wahaha... perahsantan sungguh), sila tengok background kat belakang, nenek-nenek ku tengah kepochi puji baju kazen aku cantik, siap tanya dengan harga sekali, o0psieee!

Nasib baik tak tanya harga baju aku, sebab baju aku murah gile kot...

Jumpa sedara mara, most of them kata muka aku semakin berseri, dan tahun ini yesss... sebab umur dah 24 tahun ye kawan-kawan, soalan boypren, bertunang, kawen apa semua itu memang adalah soklan wajib bila dah berkumpul-kumpul... oh yeah!

Dan yang paling terkejut ibu kesayangan ku ada menyebut pasal tunang dan kawen, eh.. eh.. bermimpi kah aku? haha... Akhir nya ibu ku itu sedar yang anak nya ini dah tua sebenar nya, bukan muda remaja lagi ;)

Dan aku nak akhiri entri dengan gambar terbest raya tahun ini kot...

* I heart him *

eh... eh... tapi kat atas tuh bukan gambar yang terbest raya ni la sebab I tak raya dengan dia, tapi gambar budak comey sorang ni, so adorableee! tapi sangat sombong dan bengis okay~ haih la!

comel kan? aiyoyo.. kenapa ko sungguh comel la janeee?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:: Semoga Dipermudahkan ::

Ya Allah, tetiba tak sedap hati sangat-sangat, pon tak tau kenapa?? Tetiba terfikir 07.09.11 akan balik kL semula, akan berjauhan semula... dan tak tau bila akan balik, dan tak tau apa akan terjadi? Sangat banyak benda boleh terjadi, antara nya hubungan aku dengan kekasih hati yang semakin dingin pada pemerhatian aku, uwwaa... 

Siyes perasaan sangat tak sedap tika ini... tak tau nape T_T

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:: Ya Allah, teguhkan hati kami berdua, amin ::

Ya Allah, kuatkan dan teguhkan hati kamu berdua untuk segala kesulitan ini, amin....

Hubungan jarak jauh bukan la sesuatu yang mudah... 

Ya, mungkin aku terover excited untuk bertemu setelah beberapa bulan tak bertemu, sehinggakan bila dah jumpa semalam... Serius, aku kaku~ tak tau nak borak apa, tak tau nak cakap apa~ macam baru kenal, macam pertama kali dating, ohmaigoddd! Duduk dalam kereta dengan muka tah pape.. Sangat pelik okay!

Bila dia balik dari rumah, aku terus anta mesej... kata situasi sekarang sangat pelik, perasaan pon dah tak sama macam dulu, pastu aku cakap lagik aku expect aku akan happy bila jumpa dia semalam tapi perasaan aku berubah jadi sebalik nya, aku tak rasa papeee... *kenapa ko Marni?*

Setelah beberapa mesej yang sangat la panjang.. aku jadi speechless! Dia tanya nak jumpa tak esok? Tak dapat nak bagi jawapan ya pada mula nya sebab rasa menyampah dekat hati~ Tapi bila dah fikir banyak kali, just go meet him Marni, peluang bukan datang banyak kali, so aku pon kata boleh la jumpa... Padahal, aku takut sebenarnya kalo tak jumpa sok, bila lagi boleh tengok dia, muahahha.... *gediks mode*

Bila dah mesej yang sangat merapu... pon tertido! Bangun-bangun tido, rasa bersalah! Cepat-cepat g capai henset, sepantas kilat bagi mesej kat him... padahal sangat jarang la kot bagi mesej kat dia awal pagi~

So, kuar pada hari ni... Aku curik-curik tenung muka dia sebab konon-konon nak amek feel yang dah bertaburan dan berselerakan sambil berdoa semoga semua nya di permudah kan antara kami, sebab aku yakin Yes, i heart him... *Kan dah kantoi aku selalu mengintai dalam diam, haha*

Dah 5 bulan tak kuar dating, tak jumpa... so, aku akui semalam a little bit weirdo kot, tuh perasaan bertaburan ke mana-mana, sebab tak biasa lagi... That's why I pray hard for this relationship, hopefully it will remains forever, amin...



p/s: pray for us guys! Thx...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:: Bye Life Care 36 ::

Hari terakhir yang menyedihkan...

Hari terakhir yang menggembirakan....

Bercampur baur.. sekian terima kasih!

Gonna miss LC36~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:: My Sayang Kata I Cute ::

Bwahahahahahaha....... tajuk entri yang paling perahsantan sungguh~ 

Eh... Eh... Tapi betul la my munchet kata I ni cute, kenapa? Sebab.. lepas jeh I sampai rumah, I terus menggayakan beg yang I baru beli itu, sambil mesej dia cakap yang I tak sabar nak tunjuk beg itu dengan dia, so cute kan mesej I itu? hehe... Thanx sayang for that bag! Really like it sebab I yang pilih sendiri, haha...

Yang aku nak sampai kan sebenar nya adalah, aku dah dapat beg yang aku ingin kan~ itu saja! haha... Cannot resist la kalo memang nak beli, sangat-sangat teringat kalo tak beli!

Then, tonite beg itu dah ada kat rumah! Yeay~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:: Balik Kampung ::

Hoyehhh... next week dah balik kampung, rehat puas-puas Marni, jangan tensen-tensen kat rumah~ 

Dating puas-puas (over okay, haha)... Tatap muka orang tersayang puas-puas, g menjenguk King2 kesayangan yang lama tak jumpa, last jumpa masih sihat walafiat, dan sekarang sakit yang menjadi tanda tanya, mudah-mudahan di permudahkan dan cepat sembuh, kau selalu ada dalam doa ku ;)

Tapi sebelum balik kampung, haruslah shopping dulu, mari kita menghabeskan duet biarpon lepas ini aku tau yang aku adalah jobless, sekian ;)

Tapi nafsu keinginan untuk mendapatkan handbag BUM yang aku ingin-ingin kan itu, sebentar lagi tercapai iaitu pada hari Sabtu ini, haha... Thanks sayang sebab support I beli handbag yang I tergila-gila itu! Bukan I tak mampu, cuma kewangan tak mencukupi, haha... Nanti I belanja U makan ikan bakar okay?

Dan yang tak boleh blah, aku g beli baju baru semata-mata nak kuar dating, macam dating 1st time jeh, haha.. tapi cannot resist aku pakai baju tu g opis, sorry dear nanti I carik baju yang lagik spesial tuk dating ngan U eh... over! *sila muntah*

p/s: okay nak tido, harap-harap bangun esok pagi dah 25/08, muahaha...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:: Setahun Sudah ::


Hoyeh.. setahun sudah kenal dengan my munchet, *ok, i admit memang baru lagik* tapi mana nak datang 10 tahun kalo tak bermula dengan setahun jagung, ye dop? 

Sangat tak terasa hokeh masa berlalu dengan cepat, kenal antara satu sama lain adalah di bulan Ramadhan tahun lepas, kenal biasa-biasa langsung takde perasaan apa-apa, hanya lah sebagai kawan, kawan yang bermusim, iaitu yang macam chipsmore... Sekejap ada sekejap takde~ well, Allah lagi mengetahui perjalanan semua ini, tetiba jah, 0oppsiee... i fall in love!

 Dan jangan cakap la dalam masa setahun ini, hidup aku hanya penuh dengan warna-warni pelangi jah, itu semua menipu belaka... Kompom la ada tercalar balar yang sangat malar, terluka mana-mana, terbengkak kat sesetengah organ dalaman, its normal right? dah nama nya hati... benda yang satu ini memang senang nak cedera dan sangat komplikated untuk di jaga, hukhukhuk.... betul kan kawan-kawan?

Mungkin jugak dia bukan Prince Charming yang aku idam-idam kan di zaman kanak-kanak dahulu, but still dia boleh buat aku tersenyum... Dan mungkin jugak ada perangai dan perbuatan diri nya yang tak menyedapkan hati dan tak berkenan dengan ku, menyebabkan aku rasa sedih dan nak mengamuk... at least, dia bagi aku peluang untuk merasakan 2 keadaan yang berbeza, senyum happy dan menangis sedih...

Tapi apa yang penting marilah sama-sama menjaga hubungan ini dengan baik dan cermat, marilah perbaiki setiap kelemahan dalam diri I mahupun dalam diri You~ boleh kan? anyway, thanx tuk all the memoirs sepanjang haru ini ;), harap kekal selama nya! auuwww~~~!!

p/s: Jika Dia Benar Untuk Ku, Maka Dekatkanlah Hatinya Dengan Hatiku, amin.....








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:: Bila Aku Mengeletis ::

  
Kegedikan yang melanda di awal pagi, apabila gatal-gatal tangan mau mencuba shawl yang baru di beli semalam, biarpon balik subuh pagi tadi dah kecoh 1 umah ktorang sebab try try barang baru beli...

Aku bukan la sorang yang suka sangat pakai benda lilit lilit ni, rimas satu hal, tak yakin pon dua hal jugak.. padahal orang lain tak kan perhatikan aku pon kalo aku pakai shawl terbalik ke apa fesyen ke, tapi sebab konfiden lebel sangat la rendah, tak berani mau mencuba... 

Tapi semalam kuar shopping, tengok Afi sebok beli tuk ma dia, aku pon sebok pilih untuk diri sendiri... miahaha~~ dalam hati beli jek la, biarpon pakai nya taktau bila kan sebab sangat jarang jarang kot pakai shawl kecuali masa belajar dolu-dolu, masa sebok sebok g tasik banding, time tuh jeh la... lepas tuh, tenggelam timbul la shawl aku~

So, gambar kat atas tuh setelah aku berusaha melilit lilit pagi tadi sebab bosan takdek keje, semua orang keluar dan berjalan-jalan shopping raya... Maka, dapat la bentuk selendang yang aku lilit macam kat atas tuh, berserabut kan? takpe la, saya kan budak baru belajar...  tapi macam best dan lagi senang dari menyarungkan tudung bawal, tapi muka saya sangat tak sesuai la pakai shawl~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

::Kekurangan Kasih Sayang::

Tajuk entri langsung tak melambangkan isi entri, sebab tak tau nak bubuh tajuk apa... Hari ini kekurangan kasih sayang la, maka memanjakan diri tuk shopping, niat di hati adalah shopping baju raya tapi sekaligus nak menziarahi Sogo yang dah lama sangat tak di jenguk...

Lepas jumpa doktor sebab "cirit-birit makan tepung pelita lepas sahur", tak kisah... takan aku nak duk diam kat umah kot weekdays, rugi woo... time ni kompom tak ramai makhluk kat Sogo mahupun Jalan Tar, peluang terbaik ni Marni oi, shopping sepuas2 hati.... Laju je jari jemari ku g text Lyn, ajak keluar!

Maka, kami pon jumpa kat KL Sentral, dia suh tunggu depan lrt, sambil tunggu sambil usha-usha barang, harus la.. tetiba dari jauh nampak sorang foreigner tapi berpakaian ala2 muslimah, aku dari jauh dah bantai gelak sebab Lyn datang dengan shade dia, bergaya weh. haha... jangan marah Lyn!

Bergerak la menuju ke Sogo, g usha-usha handbag, cantik nya... berkenan kat hangbag satu itu, menyimpan niat untuk membeli selepas dapat komisen, dari tengok handbag g tengok baju pulak, aku kan jenis yang agak mudah kalo dalam pilih baju, once aku dah nampak cantik terus grab, bila hati rasa serba salah nak beli tuh maksud nya tak nampak cukup cantik lagi ataupon tak cukup duet, kahkahkah.... dan hari ini berjaya membeli 2 pasang baju dan sehelai seluar, cukup berpuas hati!

Keluar dari Sogo, niat nak usha & sekaligus beli baju raya, tapi hampa nya sebab panas kot, sesak kot, dan yang paling penting PUASA, tak larat.... round beberapa buah kedai baju, belek-belek dan tengok harga terus chiao menuju ke stesen lrt terdekat dan balik ke rumah masing-masing sebab dah keletihan dan kepenatan yang amat sangat... Sampai-sampai rumah je, try-try baju yang baru beli dan terus pengsan atas tilam yang empuk ;)

Niat hati lagi nak memasak untuk berbuka tetapi kecundang di tengah-tengah tilam kerana ku tak larat bangun rasa nak demam, tapak kaki sejuk gila cam demam, wuwuwuwu.... Nasib baik Afi tolong masak untuk juadah berbuka hari ini ;)

Apa yang penting esok Jumaat dan esok nak p makan ayam golek-golek lagi!

p/s: tadi doc kat klinik amek berat as 4 record, and i feel like OMG! that time... ;(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

oh.. jauhkan la perasaan ini~

Sememang nya manusia serba kekurangan, begitu jugak diri ku sangat banyak kekurangan kot... Cuba untuk melakukan yang terbaik, tetapi kadang-kadang ye aku kalah dengan perasaan yang satu ini, syak wasangka, ragu-ragu dan yang seangkatan dengan nya...

Bila benda yang bersangkut paut dengan perasaan, of course tak berapa mudah nak handle kan, sebab perasaan berkait dengan hati, malah hati itu pulak adalah fragileee terutamanya hati perempuan, eeuuww... apa yang aku merepek ni? tapi betul la, hati aku sangat fragile ketika ini, tak tau mengapa...

Tersilap cakap sikit jeh, aku dah fikir yang bukan-bukan.. fikir benda yang merapu, secara automatik nya air mata mengalir, tak tau ngape ye sejak kebelakangan ini air mata mudah sangat mengalir deras sedangkan bila di fikirkan semula, benda itu adalah sangat tak rasional tuk mengalirkan air mata, adakah tanda-tanda menopause? oh no.. i muda lagik!

Semakin hari rasa diri semakin lemah, langsung tak tau macam mana nak control emosi yang semakin membuak-buak, ada sama masalah kerja, peribadi, ataupon masalah yang melibatkan perasaan dengan seseorang, for the time being, i guess i don't know how to control it anymore? sob3...

Mungkin aku memerlukan rehat yang sangat panjang kot... haih~






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ramadhan: Hari Keenam..

Dan lagi aku tak bersahur hari ini, tak sempat nak jenguk pon budak-budak umah makan apa pada pagi ini, yang aku tahu aku hanya kroookkk... kroookk jeh sampai pagii~ hihi

Dorang kata makan roti sandwich + telor jeh.. okay la tuh, diet korang, hihi....

Tapi yang best pada hari ini adalah part bukak posee.... Makanan sedap you, Miro and Afi masak, Udang Masak Lemak, kecur i liur i taw! Kecur sangat-sangat

Pas jeh bukak pose, jum kite menghabeskan duet kat Mid, niat hati nak tengok wayang... Captain America, sebab orang sok sek sok sek kat fb kata cite tuh best, and niat utama nak beli Big Apple, termengidam yang sangat2.. 

Tapi tengok wayang tak dapat sebab ramai sangat orang dah book, full! Kalo ada pon yang depan screen, gilak sakit kepala nak tengok lama-lama better tak payah... dan Big Apple pon remains jadi kempunan, yang di bawak balik adalah baju kecik-kecik, kasut dan jugak lain-lain... 

p/s: kerisauan yang melampau sebenar nya!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ramadhan: Hari Kelima

Turn Ct masak hari ini, tapi aku tak larat nak bersahur, sebab bangun pon dah lewat, dalam kul 5.30 am gitew, so aku teguk air jek la, malas nak makan....

Ct masak telur masak kurmaaa.. nasib baik kat call floor tak teringat-ingat kan, haha~~

Dan hari ini, syukur alhamdulillah aku pecah telur yang sangat busuk, telur yang telah aku peram selama 4 hari,tension tau! Nasib baek dapat di pecah kan pada hari ini, thanx team leader ku for helping me ;)

Thanx jugak buat campaign mate yang asek bagi semangat padu apabila aku sorang jeh yang tak pecah telur untuk bulan ini, sampai kan Juju bagi petua dia kat aku, dia suruh baca brief statement tuk kembali kan semangat supaya tak teringat-ingat yang board kat depan tuh tak berisi lagi, thanx Juju....

Dan bila dapat pecah telur jeh, senyum aku lebar sampai ke telinga ;), ada jugak komisen tuk bulan ni, alhamdulillah....

Thanks jugak tuk kak Majun sebab asek observe call dan tolong sehabes mungkin supaya aku pecah telur hari ni, sedey gilak perasaan hati kalo tak pecah telur lagi...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ramadhan: Hari KeEmpat

Puasa yang ke 4, turn cik afi pulak yang masakk... Pulun dia masak tau, hehe~~ Thanx Afi!

Beliau masak ikan goreng, air asam dan jugak terung sambal... Sedap! 

Aku yang mengantuk gilak ni pon paksa diri bangun kul 5.20 am tadi, ikut hati tamo bangun dah, tak larat sebab semalam balik lewat dalam kul 2 am sampai umah, tak basuh muka sebab tak larat terus masuk tidooo.... tapi kaki kena basuh dulu!

Lepas sahur aku terus masuk tidooo... adeih~ selalu nya aku berjaga tuk turun keje terus tapi kali ni tak, tak larat weh!

p/s: Bila aku nak pecah telur tuk minggu ni? sob3

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ramadhan: Hari Ketiga

Alhamdulillah... hari ni masuk hari ketiga berpuasa, semoga di permudahkan urusan dan di murahkan rezeki pada hari ini.... amin!

Hari ini turn Sue pulak yang menyediakan juadah sahur, kitorang makan Tom Yam Ayam, Thanx Sue!

Hari ini agak letih sikit, biasa nya terjaga dalam pukul 5 am, tapi tadi 5.20 am, tuh pun sebab Sue tolong kejut dengan miscall.. kalo tak memang tak sahur la tadi~

Mungkin di sebabkan stress yang ada pada diri sendiri, menyebabkan letih gila-gila.

Okay la, nak iron baju, nak mandi, nak bersiap then g keje, chiao!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ramadhan: Hari Kedua..

Haipp... Hari ini turn aku la pulak yang masakkk~~

So, menu pada pagi ini ringkas saje.. 

* Ayam Masak Kicap (boyfie aku punya febret food kot, pheww... nasib baik la aku terer masak yang ni, haha)

* Sayur sawi tumis (aku main campak2 jeh, sume aku bubuh dari sos ikan sampai la ke sos tiram, ekeke)

Semalam ngantok gilak kat call floor, aku rasa tah pape jeh aku call customer semalam, so kalo ada orang yang extract call aku semalam, memang aku kena kot... sebab tak handle customer, bukan tak larat sebab tak makan or minum tapi tak larat sebab ngantok gilakk, aku tido 4 jam jeh semalam, pheww... rasa nak gilak jeh kat call floor semalam, SANGAT!

So, sangat berharap hari ini lebih baik dari semalam, amin....

p/s: chaiyo Marni, 23 days to go!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ramdhan: Hari Pertama

Pagi ini giliran Miro Mok tuk masak sahur....

So, let's check menu pada pagi ni yerp....

* Ikan selar goreng tumis (okay, ikut suka hati aku jek bubuh nama menu ni, yang aku tau Miro goreng dulu ikan tuh pastu tumis balik dengan bawang merah besar, sekian!)

* Telur dadar (aku tak tau dia masak berapa bijik telo, tapi yang ni kan mudah, pecah kan telur, masuk kan aji + garam, gaul sampai rata dan goreng)

* Kangkung masak tumis (fuiyoo... ada sayur siap)

* Tempoyak (love it! sedap woo)

* Nescafe + Kacip Fatimah 4 in 1 (yang ni additional, tak tau tetiba gatal nak minum kacip2 ni)

* Air Masak + Garlic Oil (minum air 0 sebanyak mungkin, haha)

Thanx Miro Mok tuk sahur pada hari ini!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS