RSS

:: Setahun Sudah ::


Hoyeh.. setahun sudah kenal dengan my munchet, *ok, i admit memang baru lagik* tapi mana nak datang 10 tahun kalo tak bermula dengan setahun jagung, ye dop? 

Sangat tak terasa hokeh masa berlalu dengan cepat, kenal antara satu sama lain adalah di bulan Ramadhan tahun lepas, kenal biasa-biasa langsung takde perasaan apa-apa, hanya lah sebagai kawan, kawan yang bermusim, iaitu yang macam chipsmore... Sekejap ada sekejap takde~ well, Allah lagi mengetahui perjalanan semua ini, tetiba jah, 0oppsiee... i fall in love!

 Dan jangan cakap la dalam masa setahun ini, hidup aku hanya penuh dengan warna-warni pelangi jah, itu semua menipu belaka... Kompom la ada tercalar balar yang sangat malar, terluka mana-mana, terbengkak kat sesetengah organ dalaman, its normal right? dah nama nya hati... benda yang satu ini memang senang nak cedera dan sangat komplikated untuk di jaga, hukhukhuk.... betul kan kawan-kawan?

Mungkin jugak dia bukan Prince Charming yang aku idam-idam kan di zaman kanak-kanak dahulu, but still dia boleh buat aku tersenyum... Dan mungkin jugak ada perangai dan perbuatan diri nya yang tak menyedapkan hati dan tak berkenan dengan ku, menyebabkan aku rasa sedih dan nak mengamuk... at least, dia bagi aku peluang untuk merasakan 2 keadaan yang berbeza, senyum happy dan menangis sedih...

Tapi apa yang penting marilah sama-sama menjaga hubungan ini dengan baik dan cermat, marilah perbaiki setiap kelemahan dalam diri I mahupun dalam diri You~ boleh kan? anyway, thanx tuk all the memoirs sepanjang haru ini ;), harap kekal selama nya! auuwww~~~!!

p/s: Jika Dia Benar Untuk Ku, Maka Dekatkanlah Hatinya Dengan Hatiku, amin.....








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Pot Pet Pot Pet...!!: