RSS

kemas cepat-cepat tuan rumah nak datang.

Pagi ni Amiera Gemok bagitau tuan rumah nak datangg... Nak check PC dia yang telah dirosakkan oleh aku, *eh aku ke? bukan la air tempias hujan yang masuk dari celah tingkap kot or cabel loose*

Pastu, Miro Mok suh tuan rumah check pili air yang asyik mengeluarkan air *dah memang pili air, kuar air la takan batu pulak kan* haha... Mengeluarkan air secara berterusan weh, non stop okay~ tu yang jadi luar biasa bil air tuh *pengsan sekejap*

Kalo tuan rumah tak datang, pada waktu macam ini, aku masih duk bergolek-golek, berguling-guling lagi atas tilam, sambil semua tubuhku di selimuti kain selimut, pastu pasang 2 bijik kipas, tekan button nombor 3 pulak tuh, lain lagi kipas yang melekat kat siling tuh hah, pusing laju-laju.. pergh.. best gilak rasa macam tengah tido di kala hujan, biarpon time tuh kat luar sana matahari panas terik.. *dah naik gila duk umah sorang-sorang, taktau nak watpe, huhu*

Tapi sebab tuan rumah nak datang, niat di hati nak meletakkan semua perabot di tempat yang betul, oh yeah.. di tempat yang sepatut nya~ Sebagai contoh, tilam tempat tido saya akan di tarik masuk ke dalam bilik semula, baru nampak sopan sikit.. Sebelum ni memang tido kat dalam bilik, tetapi selepas saya dan Miro terlebih rajin menyusun atur semula perabot dalam rumah ini, dan memindahkan kabinet hiasan (banyak cermin woo) ke dalam bilik, yang sepatutnya berada di ruang tamu.. Saya jadi seram nak tido dalam bilik tersebut, alasan adalah sebab kabinet itu banyak cermin, saya takut, wuwuwu.... Okay, saya admit, saya memang penakut sangat-sangat *ayah saya pon cakap macam itu*

Then, nak clear kan benda yang tak sepatut nya berada atas dine table ini... Dine table tika ini penuh dengan bekas-bekas kueh raya yang tinggi melangit sehinggakan botol vitamin yang memang ketot terlindung habes dek ketinggian balang-balang ini, menyebabkan saya lupa dunia sebentar bila mengunyah! Pastu banyak lagi benda asing yang kena di nyah kan dari dine table ini, termasuk la kerusi opis pon berada di dine table *apakah? haha*

Dan sangat perlu untuk melipat baju-baju yang telah kering, aiyoyo... paling tak suka la kena lipat baju, even baju sendiri yang beberapa helai itu, nanti bila dah kawen nak beli kabinet baju yang khas untuk menggantung baju banyak-banyak-banyak sahaja, boleh kan sayang? boleh la... boleh la... tapi sebab tak kawen lagi, maka ko kena lipat jugak Marni weh, ko takde pilihan ;(

Dan satu lagi benda yang aku tak suka, basuh pinggan... aiyark~ ni pon aku pantang, kena basuh pinggan, ohmaigoddd~~ bila adik aku datang umah aku ari tuh, dia suprise nampak aku basuh pinggan lepas masak, dia kata bila masa rajin basuh pinggan ni? haha... dah duduk bujang, ma takde, sape-sape takde, kena berusaha sendiri la, huhu... kalo tak buat menimbun pinggan aku, betapa berdikari nya Marni kalo duk sendiri-sendiri kan kan kan? aiyoyo.. kat singki ada 3 bijik cawan, kat dine table ni ada beberapa bijik cawan dan pinggan.. ohmaigod! *pengsan*

Banyak sangat benda yang aku malas buat kan.. Tapi masak aku suka, suka sangat-sangat, so nanti bila dah kawen, nak request hubby aku bagi sorang bibik la, bantu ngemas-ngemas jeh dong, masak nya biar gue yang buat, muahahaha... *gila pemalas*

Dah.. dah.. banyak sangat melalut sampai kawen-kawen and bibik sorang, cepat g kemas umah sebelum terlambattt~~!!


p/s: agak-agak nya my boyfie baca tak ni? aiyo.. habes la cancel terus! 







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Pot Pet Pot Pet...!!: