RSS

:: Siyes.. saya pon takut sebenarnya ::

Sejak kebelakangan ini ramai sangat kawan-kawan fb buat status pasal boyfie masing-masing yang curang, boyfie pasang 2 3 orang kat belakang, bila baca status demikian rupa, dengan saya-saya sekali ikut sentap.. Teringat-ingat kenangan dahulu kala, bila perasaan dipermainkan memang sakit sangat-sangat, tak boleh nak ceritakan macam mana keperitan itu, ecece...

Nak lupakan sama sekali sangat la mustahil kot, nak lupa kan sikit-sikit pon ambil masa yang sangat panjang, bulan pertama sangat la seksa, ye la.. kata kan la dah ko memang setia gila kat dia, berangan-angan nak kawen segala, kompom la pada masa yang sama ko takan sms or contact dengan lelaki lain kan, bangun-bangun tido, sebelum tido asyik main mesej dengan dia jeh, tetiba bila dah gaduh dan putus apa semua, esok pagi bangun nak meroyan bila tengok takde mesej, tunggu sampai ke tengah hari petang dan sampai ke malam, pon takde juga.. uwwaaa~~ sedey gila perasaan! memang nangis je la keje.

Teringat kat diri aku masa final year kat USM, taktau nak describe camne perasaan tersebut, sampai sekarang kalo teringat mahu menitik air mata, sedey dengan nasib diri.. Bukan sorang dua pompuan call aku sebab lelaki tersebut, tapi okay sebab sangat sayang menyebabkan aku mebuta kan mata, memekakkan telinga ye pasal benda-benda yang dah terang lagi bersuluh, fineeee.....

Sampai la ke satu malam, cannot behave anymore kot, bila aku call tak angkat-angkat, pastu siap reject call aku, tetiba aku buat drama la pulak malam tuh, lari laju-laju menuruni tangga dari tingkat 3 ke tingkat 1 sambil tahan air mata daripada tersembur keluar, ketuk pintu bilik Miro kuat-kuat dan nangis cam budak-budak kecil kehilangan mak malam itu, Miro dapat tengok wayang free malam itu, haha....

Balik-balik je bilik, aku pon buat keputusan, malam tu sebelum aku tido, aku nak anta mesej tanya dia suka aku lagi ke tak? biarpon time tu, aku dah tau jawapan nya kot tapi tetap nak tanya, nak jawapan yang betul-betul pasti supaya aku puas hati... Dan akhirnya soalan aku tak berjawab, oh yeah.. esok pagi aku bangun nekad gila-gila takan cari dia lagi.. nombor dia dalam phone aku delete, tapi semestinya aku masih ingat dalam otak, gambar-gambar aku tak delete sebab sayang sampai sekarang still simpan tapi henpon tersebut dah rosak, haih~

Dan 2 bulan jugak tak contact dengan dia, tapi serius tak bule nak tipu perasaan, sakit hati, rindu semua ada kot, uwwwaa... tapi orang dah tak suka, tak nak layan takan aku nak terhegeh-hegeh, tamooo~~ tetiba satu malam selepas 2 bulan, ada satu sms masuk.. sopan sungguh ayat dia, aku masih ingat.. "assalamuallaikum siti marni... " tak boleh tahan, rasa nak nanes bila baca sms tu, lemah nya hati aku kan, haha.. nasib baik la masa tuh tengah makan dengan K Ida dan juga En Fahmi, kalo tak aku dah nanes bersungguh-sungguh kot...

Dan time tu, memang perasaan bercampur baur, suka benci sayang rindu sakit hati, oh yeah semua ada... tapi sekarang dah takde perasaan apa dah dengan dia, dah tawar hati, even dia guna ayat yang berbunga-bunga bila call, buatkan saya terfikir jugak kadang-kadang tapi bila teringat apa yang dia buat dulu-dulu macam sangat mustahil kot nak ada perasaan lagi dengan dia, tapi kalo memang jodoh yang tak boleh di tolak, well.. saya terima jeh dengan redha, pergh.. berangan lebih~ haha

Tapi saya sangat berharap semua kenangan-kenangan pahit tersebut tidak la berulang lagi dengan orang yang saya bersama sekarang ini, huhu... seandainya terjadi jugak, what can I say, dah takdir, kena la terima dengan tabah... tapi saya sangat berharap tidak terjadi lagi...

Okay air mata saya dah sangat banyak merembes-rembesss... sedeyyy wehh~~ 4 tahun bukan la masa yang sangat singkat tapi dah nama nya bukan jodoh T_T


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Pot Pet Pot Pet...!!: