RSS

betul ke saya redha?

Saya ada ternampak status seorang kawan di fesbuk. Macam ni la bunyik nya "Apabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak disangka" 

Secara jujurnya bagi diri saya, bukan mudah untuk redha.. mungkin semua orang jugak begitu~ Setelah apa yang dia lakukan atas saya dan apa yang telah saya lakukan atas dia, bukan mudah untuk melepaskannya begitu sahaja.. tapi kadang-kadang dia dan saya pun terfikir hal yang sama iaitu akan bersamakah kami akhirnya? 

Biarpun saya selalu memberikan jawapan paling selamat iaitu biar masa yang tentukan, jauh di lubuk hati saya sebenarnya pun takut, sangat-sangat takut, adakah saya akan kuat seandainya jodoh tidak menyebelahi kami?  Dengan keadaan sekarang yang semakin dingin, membuatkan keyakinan saya semakin hilang~ 

*Mata dah mula bergenang*

Siyes tak tau mau watpe dah~ T_T dah tahap kritikal kot! Kalau itu terbaik untuk kamu, yes.. saya akan cuba untuk redha.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Pot Pet Pot Pet...!!: