RSS

10.11.12


10.11.12 semoga selepas ini di permudahkan untuk langkah yang seterusnya. amin~

dan satu lagi saya punya wish ialah semoga saya kurus pada waktu itu lalalala~ hihi

Thanks to my bestie yang attend my simple majlis. Thank you puk2.

bestie and I.

p/s: Semoga di panjangkan jodoh kami ke jinjang pelamin, muehehe...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kurang dari seminggu.


Teehee~ hari ini last ngedate ngan incik boypren as a boypren-girlpren. Starting on Monday until the day come, kami tidak akan berjumpa. Kenapa?

Supaya lagi rindu dendam, so that on Saturday he will hug2 me like teddy bear, *gilo ko mau kena hempuk*

Hopefully, every single thing is on track like what we are planning. InsyaAllah~



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Baru nak kalut.

Pejam celik pejam celik, dah tak sampai 2 minggu lagi, perasaan? Nebes kot sebab berat tak berkurang lagi ni, miahaha...

Tengah hari tadi baru la terkedek-kedek macam itik carik bakul-bakul untuk buat teet~ lastly kena la aku buat sendiri mengikut kekreatifan dan kelembutan jari jemari ku, amek ko.. bekerja keras untuk majlis sendiri, uwwa.. Nak tunggu ketibaan adik ku yang seorang itu, takut la pulak tak sempat kan~

Baru sebentar tadi sebok-sebok tempah kek, fuh.. cam air jek kot pengaliran duet ku dari akaun bulan ni, meratap sayu la daku kerana tak dapat beli eyeliner yang di idam-idam kan,huhu.. terpaksa menjeling dari jauh jek la. Uwwa sekali lagi.

Esok pulak g amek baju yang kena tempah. Designed by incik boypren hokeh. Incik boypren lak yang x saba nak tengok kejadian baju itew, saya pun ikut sama nebes sebab risau berat yang semakin bertambah takot tak muattttt... huhu. Lepas tu tudung n veil pun tak carik lagi.Hoyeh ini memang last minit punya kerja. Nasib baik la saya sudah mula bercuti 7hb nanti. Eh.. cam cuti kawen lak kan, member aku yang nikah pun x dpt cuti, 

Apa-apa pun doa yang terbaik untuk kami. Amin~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

me counting the days.

Eeuuuwww....~

Counting the days untuk kurus! muahaha...

Berdebar-debar nya saya, dengan harapan baju yang ditempah akan longgar sedikit dan saya nampak lagi hot la nanti. Bhahaha...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terasa hati boley?

Pertama kali kot terasa hati dengan customer. Terasa hati bukan sebab dia tamo amek apa-apa loan dari I

Tapi.. sebab loan dia kena declined pastu dia cam tak puas hati. Uwwaa.. Hari ni sangat letih, kalau boleh weekend nak larik sekejap daripada customers. I need some space for myself. 

"Dia" call I dari hari Sabtu, that time I buat booth dekat Kinabatangan, still boley jawab phone call tu, just cakap nanti I return call balik sebab sekarang tengah outstation. 

Hari ni, dia call lagi.. Tapi masa tu tengah tido, tak larat nak melayan, baru balik outstation jugak. So, I just ignored. Bangun je tido, terus text that customer, I return call tomorrow, explain pasal dia punya loan.

Maybe I terjawab kasar ke apa tah,mintak maaf sangat-sangat. Kadang2 letih sangat, menyebabkan diri tak perasan kekasaran itu. Dia reply text dengan ayat yang tah pape, buat I terasa hati sangat. Sob3. Seriously, kalau boley semua loan customer I lebey-lebey lagi housing loan, kalau la I ada kuasa mutlak, semua saya akan approve. Tapi apakan daya, sikit pun I takde kuasa. Hu~ 

Sangat-sangat terasa hati. Sekian.

p/s: Selagi belum terlambat, marilah kita mula menyimpan duit dari sekarang, supaya mudah nak buat pinjaman dengan bank. Biarpun gaji setinggi gunung, tapi kalau tiada simpanan, susah jugak.. For those Bumiputera, can start saving with ASB Financing, at the same time learn about investment as well.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SS 6885 R.. Siti Sayang Rajak~

Ehem... 10hb hari tu my 1st baby was born~ eksaited seh! harta pertama kot. Guna duet sendiri keluarkan~ dan berharap my CCRIS record chanteq la sepanjang tempoh 9 tahun ni. Amin~

At first, saya dan incik boypren ingat nak tender number kete~ incik boypren suggest nak amek number yang sama dengan kete dan moto dia, saya pun okeh je la kan. Kete dan moto dia 8598~ so dah verangan la mine is SS 8598 R kan. Tapi hampeh betoi la.

Hari tu before sign agreement, dah hand in siap-siap dah duet tuk tender number~ after sign the agreement on Monday, I quickly text my sales advisor, she replied okeh.. the number already booked for me, that time im so so happy, quickly told my incik boypren la pulak, the number is mine. 

On Friday, my sales advisor text me bagitau number tu dah tak available. Aish.. punya la dah tak sedap hati nak mengamuk kan, since that day I am attending property roadshow with my boss, so have to control a bit my emotion la. Adeih~ Bole pulak dia inform number tu is mine, lastly tak available dah, apehal?

Saya pun dengan nada hambar, takpa la kak.. amek je la running number, dalam hati dah nanes~ sedey! Akak tu inform, dah bole amek kete Jumaat tu, tapi incik boypren outstation, saya tak berani drive lagi~ kena tunggu Monday baru bole amek kete. Tapi sekarang dah berani bawak sorang-sorang la umah->opis->umah, haha..

Ehhhh... dah melalut banyak ni~ actually nak cerita, since my number is SS 6885 R, tak banyak beza jugak dengan number incik boypren, just the arrangement is not same, and 1 number is different but if nombor 6 diterbalikkan, pun akan jadi 9 kan, ye dak?? Yeay,, saya dengan incik boypren sangat berjodoh, agaga! Amin...SSR pulak saya cakap dengan dia stand for Siti Sayang Rajak, wakaka.. Lepas cakap macam tu, saya pulak rasa nak termuntah kan, geli mat...

Tapi saya sangat berharap agar urusan kami berdua dipermudahkan dan rezeki kami semakin dimurahkan dengan ada niat baik seperti sekarang ini.. dan juga semoga niat dan hidup kami dirahmati, Aminn~


p/s: saya tengah bizi usha-usha teettt.. rasa cam tak sempat dan tak cukup masa pun ada, tapi sekadar perasaan sahaja~ apa pon tak gerak lagi,adeih.. boss pulak semakin beriya-iya suh keje on weekend! uwwaaa.... bila la ada kesempatan nak beli barang-barang ni? dan doa kan yang baik-baik buat kami yek. Amin.






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ya Allah, permudahkan lah urusan kami.. Amin~

Ya Allah, semoga dipermudahkan lah urusan dan segala perancangan kami, amin~ 

Hahahahahha... *Miang betul la saya sekarang ini*

Masa study dolu-dolu, teringat impian saya sebelum kawen kalau boleh nak ada kuda dan jugak tempat berteduh atas nama sendiri. Iye.... 

Bila saya merancang untuk meng 'E' kan diri kepada seseorang, tetiba ja saya rasa Allah s.w.t memudahkan rezeki saya, amin... Dari satu benda ke satu benda. *Harap-harap ramai customer nak wat ASB pasni, hak3*

Mungkin sebelum-sebelum ini, hati berbelah bagi lagi.. tapi saya kena yakin bahawa semua orang tak sempurna, begitu jugak dia dan saya. Kena give and take la kan, cewawahhhh~

Tetiba teringat ahkak yang tolong settle kan kereta saya, dia ingatkan kitorang adik beradik. So funny. My Boss pulak selalu panggil dia encik tunang saya, hello boss.. not yet ok~ still my boypren tapi of course saya iye kan aje la kat opis tu, muahahahhaa! Gediks sungguh daku!

p/s: ok cepat-cepat tido, perot dah lapa! daaaaa~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

K O S O N G

Kadang-kadang hati rasa kosong, takde sebarang perasaan. 

Mungkin dah bosan? sebab dah terlalu lama sehinggakan perangai masing-masing dah terkeluar dan menyebabkan saya tawar hati?

Sangat-sangat tawar hati. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Babe I Love You!

I Love You Sayang....

*tetiba la pulak kan*

Biarpon saya selalu marah-marah tapi hakikatnya you always in my mind and my heart. ouch!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

rindu tak terbendung.

uish.. dah 2 minggu kot tak berjumpa~ almost la! jumpa sekejap-sekejap di balik pagar tak buleh kira langsung. Definisi berjumpa bagi aku adalah set an appointment.

Akhirnya terbit la entri rindu tak terbendung. Fine. Saya memang rindu sangat. Teramat sangat masalahnya. Aisey~

Esok InsyaAllah kalo takde aral melintang, aku tak bangun lewat dan larat bangun, kemungkinan sekali buleh la berjumpa. Yosha.. 

Malam ni gi belek-belek account fb kami berdua. Siyes saya rindu. Sob3.. Sebab masa saya banyak dihabiskan di rumah je beberapa minggu ni menyebabkan saya asyik emo je dengan incik boyfie, rasa nya kalau la saya mampu bayar gaji dia selama mana saya free, saya suruh je dia amek leave. Malangnya saya tak mampu! sob3...

Over kan? okeh tau dah... 


p/s: tak sabar nak menghabiskan pantang selama 14 hari ni~ berpantang uolsss.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sesaat kau datang, sesaat kau hilang.

Sesaat kau datang,
Sesaat kau hilang,
Kemunculan dirimu,
Penuh misteri....

Kau mendekat,
Kau menjauh,
Kau tinggalkan diriku,
Sesudahnya kau membuang,
Mencampakkan aku....

Its not that I dont love you,
I just dont want to hurt you,
I cant let go of all the good times we share together

Sungguh kejamnya dirimu,
Mengkhianati cinta yang ku semat di jiwa,
Kau hancurkan segala harapan,
Kau remukkan cinta yang telah kita bina,
Ha.. Ha.. Ha.. Ha..

Jika sudah kau mencintai dia,
Putuskan aku dengan baik caranya,
Walaupun sakit hati ku rasa,
Sesungguhnya aku tak rela,

Kerna hatiku masih mencintai,
Dirimu dengan sepenuh hati,
Tapi ku ikhlas melepaskanmu,
Karena aku manusia biasa,

Nothings easy girl
Nothings easy girl
Aint nothing easy I hope you understand me girl
Nothings easy girl

Aint nothing in this world
Could ever compare to what we had
Whats gone

      .......................



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

betul ke saya redha?

Saya ada ternampak status seorang kawan di fesbuk. Macam ni la bunyik nya "Apabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak disangka" 

Secara jujurnya bagi diri saya, bukan mudah untuk redha.. mungkin semua orang jugak begitu~ Setelah apa yang dia lakukan atas saya dan apa yang telah saya lakukan atas dia, bukan mudah untuk melepaskannya begitu sahaja.. tapi kadang-kadang dia dan saya pun terfikir hal yang sama iaitu akan bersamakah kami akhirnya? 

Biarpun saya selalu memberikan jawapan paling selamat iaitu biar masa yang tentukan, jauh di lubuk hati saya sebenarnya pun takut, sangat-sangat takut, adakah saya akan kuat seandainya jodoh tidak menyebelahi kami?  Dengan keadaan sekarang yang semakin dingin, membuatkan keyakinan saya semakin hilang~ 

*Mata dah mula bergenang*

Siyes tak tau mau watpe dah~ T_T dah tahap kritikal kot! Kalau itu terbaik untuk kamu, yes.. saya akan cuba untuk redha.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Air Tangan Suri Rumah Separuh Masa.

Hakhak.. suri rumah la sangat kan~ sebenarnya terover rajin sebab incik boypren request nak mam spageti. Okay2, saya yang baik hati ini pun menurut la kata-kata beliau, bak kata one of my member, kalo dah sayang, penat-penat pun buat jugak~ erk... 

Seawal pukul 8.30 am, saya tuk tak tuk tak kat dapo prepare semua bahan untuk buat spageti~ sebab encik tu request mau mam before kul 12 pm, sepenuh tenaga la saya berkerja kan. Potong bawang, hiris cendawan, lembutkan daging kisar dan sebagainya. 

Tadaa~ dalam kul 10.30 am ini lah hasilnya.

*Ni sos spageti saya, incik boypren suka yang padat dengan lauk pauk camni, erk.. saya suka yang agak plain, sebab nanti saya jadi kenyang+muak dengan lauk2 banyak camni*

*oh.. ni mee spageti saya~ mee? kampung sungguh*

Dan di petang hari yang sama pulak, saya begitu rajen dan mengidam untuk makan kek buatan sendiri~ sebenarnya takde orang nak bawak saya g kedai kek, maka terpaksa merajinkan diri buat sendiri biarpun mixer rosak ye, kenalah saya manual punya cara. huk3...

*Ni kek diet saya sebab kurang manes*

Hahahah.. mood rajen masak buleh la tepek gambar banyak3~ lepas ni 3 bulan kemudian lagi baru masuk dapo *mungkin la*




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

mari bercocoa collagen~

bohsan nya sorang-sorang kat kampung bersama dengan seekor kucen yg pemalas gila, 24hrs per day, 7 days per week tido memanjang... tak tau kucen tu kenal ke x matahari. 

Dah tu tido atas katil lak tuh, ceh.. kalo tersepak sikit body-body nya mahupun ekornya, mula la dia mengeluarkan bunyi tak puas hati. Gediks punye kucen.

Dan pagi ni tak tau mau sarapan apa, i guess.. i bercocoa collagen je la! erm... Dah bpe hari tak minum cocoa collagen. Sebab? Maci kata saya semakin gemoks.. oh~ 1 perkataan buleh membuatkan saya tension berhari-hari tau tak! erm... 

ok la.. nanti nak wat entri pasal kerajinan saya, hew3

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Begitu Allah menyayangi diriku~ masyaAllah.

Malam ni saya tido lewat lagi. Maka kedut serta eye bag di kawasan mata pun akan semakin bertambah. *sigh*
Bak kata encik bf, saya spesies yang tak reti tido awal. Ye betul. Saya akan tido awal kalo saya tensi sebagai contohnya esok kena keje, perasaan keje adalah tension. Fuh...

Tetiba terfikir tau~ betapa Allah sangat menyayangi saya, sangat mengasihani diri saya dari dulu hingga la kini~ cuma saya selalu sangat sangat terleka dan jauh dari nya~ 

Sebagai contohnya dulu-dulu masa zaman setadi, zaman sekolah-sekolah.. Syukur Alhamdulillah, saya tak pernah gagal mana-mana subjek yang saya amek biarpun saya tak study. Sebab perangai kebudak-budakkan saya, malas study, malas baca buku, malas buat kerja rumah, malas datang kelas.. saya bukan la seorang pelajar cemerlang dan saya tau itu, tapi tiap malam sebelum tido saya akan berdoa 3 perkara selepas membaca Al-Fatihah~  *dah memang kebiasaan saya macam tu*
(1) Diampunkan dosa-dosa ku dan diberikan diriku hidayah agar selalu mengingati-Nya.
(2) Diampunkan dosa kedua ibu bapa ku, king-king dan aduk ku serta adik beradik ku. Dipanjangkan umur mereka serta dimurahkan rezeki.
(3) Semoga aku lulus dengan cemerlang serta lulus semua subjek dalam peperiksaan. *hak3.. time ni zaman persekolahan ye sebab saya tak cukup study, so saya hanya buleh berdoa sebagai langkah terakhir*

Tapi sekarang, masuk zaman dewasa dan berkerja, saya masih merasakan Allah memang menyayangi saya. Biarpun agak susah ye saya mau carik kerja tetap, tapi rezeki tetap ada, *syukur alhamdulillah*. Biarpun sampai sekarang saya tak dapat masuk government lagi namun ye rezeki di mana-mana, bezanya kita carik atau tidak, itu sahaja ;)

Kenapa saya rasa Dia masih bersama saya, sebab dah 2 kali saya gamble kot berhenti kerja tanpa ada kerja terlebih dahulu.. Namun ye saya sentiasa di beri peluang yang bagi saya datang secara tiba-tiba. Dan sekarang doa ke3 saya setiap malam bertukar kepada~ "Semoga dipermudahkan dan dipercepatkan urusan jodoh saya dan dimurahkan la rezeki ku"

p/s: setiap entri mesti ada pasal si dia kan? okay.. saya dah jatuh cinta sangat2 kot, bule gitu? *saya akan cuba kurang manja dan kurang kadar marah saya ya you*
(dah off topic dah)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Housewife Trainee, oh yeah!

Ehem3.. secara officially nya, now I am a housewife trainee (HT) for the 1st day. OMG.. hebat~ HT bangun selewat kul 11.27 am, 2 pun terjaga sebab encik boyfie anta sms, kalo tak.. lagi panjang la masa aku tido, hew3

Saya tahu saya hanya bertahan jadik housewife ni untuk beberapa hari je kot~ lama-lama mesti saya buhsan, so saya belum aktif mencarik keje lagi buat masa sekarang.. saya nak tenang kan diri~ minda~ segala-galanya saya nak tenang. Nak tenang kan diri dari trauma-trauma selama beberapa bulan ini, auwww~~!!

Ok la tu je wat masa sekarang. Dan saya nak repair kulit muka saya di masa sy stay umah ini~ oh yeah.. beberapa hari lepas, saya miang-miang keladi cakap dengan encik boyfie yang saya tamo keje bila dah kawen nanti.. aha~ tau tak encik boyfie reply apa? OMG.. dia jawab kalo saya tak keje, nanti saya takde mekap la, cisss... 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

seafood sandakan jugak the best.

5 bulan tinggal Tawau, malam ni malam terakhir menjamah makanan seafood Tawau~

Tapi Sandakan seafood is the best! Racist nya kan, haha... tadi tak bercadang pun nak order makanan hidang, ingat nak goreng-goreng ja, tapi dah sampai kedai yg buleh main tunjuk2 ikan, oh yeah.. mari la kita menunjuk!

So, kalo dah lauk hidang, mulut kami berdua pun laju ja la meng'order' dari ikan, sotong, sayur, telur, kalo bule tadi aku nak ja tambah udang (tapi bila teringat udang kat tawau kecik2, x jadi la) dan sup, tapi incik boyfie kata dah banyak dah lauk,. hehehe

Di sebelah meja kami, ada couple jgk yang duduk, hurm~ dorang makan ikan + sayur ja, aiyok.. meja kami berdua lak penuh cam 4 5 orang makan, incik boyfie siap mintak nasik tambah 1.. ohoi~ mula-mula lauk sampai aku terkejut sebab agak banyak la lauk (x perasan masa order tadi), tapi last minute licin ye kawan-kawan~

Kami order ikan putih masak pedas, cendawan tumis sos tiram, telur bistik, dan jugak sotong masak sambal petai~ sedap la jugak, dan total sume tak sampai RM65 pun termasuk minuman kami berdua, berbaloi-baloi!

Sebab selalu nya kat seafood Sandakan, kalo order ikan sekali agak mahal jugak la, around RM80++~ tapi sedap~ yang tadi agak kurang la tapi bule di terima tuk di makan, ;)  *ma selalu cakap korang makan 2 orang sampai mau dekat rm100, korang makan apa?*

p/s: masalahnya dari dulu kot saya suka makan mahal-mahal dan sedap, ma saya lupa ke? *biarpun saya tak berduet, wuwuwuwu*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

dating yang paling bermakna.

Okay, kali ni memang nak kata dating yang paling bermakna.

Yang akan saya ingat sampai bila-bila. Siyes.

I Love You babe.. *blushing*

p/s: pls remember these momentos (important) okay munchet!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

my boypren is on the way.

peepss... i m waiting for my lovely boypren to arrive safely! yeay.. dating some more! one of the activity i like the most most, hehe..

babe.. please come faster becoz i m so hungry rite now! we go bekpes ur febret mee tauhu! auwwww~~ 

before he sampai to my home, the things i should do is kemas rumah. 

Papaiii~~ 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

New Hair Cut.

Hyee.. saya dah potong rambut, pendek gitew~ dan3 saya jugak buat rambut!

Ehem~ 1st time okay buat rambut, jakun kan? ok fineee... saya sakit hati masa tu, takde benda nak buat terus berdesup g saloon suh dia buat rambut I.. *fly lagi wet RM100++, dah la gaji lambat lagi, nak g travel lagi, aduyai*

Lepas buat rambut je inform kat Amiera Nawi, mok aku dah tuut rambut~ dia pun tanya nak kawen dah ke? haha....

Sebab dulu pernah cakap dengan dia before kawen nak cantik-cantik kan diri, halus-halus kan kulit... gediks kan?

Okay la, esok saya akan terbang ke kL (harap2 sempat jumpa pakwe b4 fly), 12hb akan balik Sandakan dan keesokkannya fly ke KK, eeuww~ macam bizi sangat je jadual kan!

p/s: miss nya ngn en boyfie, tadi dating tak lama, tak puas! auw3...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tika ini.


Tika ini.. saya rasa biarpun saya sayang diri saya lebih tapi tetap ada jugak perasaan itu dgn orang lain~

Tika ini..saya sangat tak tau perasaan hati saya~
*saya sangat terluka kot sampai tak buleh nak mengeluarkan air mata*


Tika ini... saya sangat tak tau camne nak explain keadaan saya dengan famili~
*saya speechless*

Tika ini jugak saya berfikir kekurangan diri saya sampai dia jadi sebegitu rupa~

Tika ini jugak saya tak larat dah nak pujuk hati...



p/s: ya saya sayang tapi jodoh tak menyebelahi kami~ saya kena redha!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

feeling so gooddd....

Sebab dapat dating....

(macam ko sorang jeh yang ada pakwe marni weh)

Sebab dapat kasut baru....

(mesti la good sebab bf belanja... kalo aku tau, nak yang mahal3, materialistik sungguh kan ;p)

Sebab dapat makan ikan bakar yang memang masuk dalam to do list aku sepanjang cuti ni...

-

-

-

-

-

Overall, saya puas hati sangat3 hari ni... dan mood sy baik bercadang masak untuk encik boypren! ok

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

orang tamak selalu rugi.

Betul.. betul.. betul..

Orang tamak memang selalu rugi.

Okay, rasa macam tangan yang besar dan jejari runcing ini tertampar diri sendiri.

Iya.. tertampar pipi sendiri. Tak berapa sakit la, tapi tetap ada rasa menyesal.

Haha... 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Untuk Encik Boypren.

Tak buleh tido lagi, pun terus belek-belek sms awal malam tadi, tetiba rasa sedih baca sms encik boypren kan~ 

Mungkin kadang-kadang gurauan saya melebihi batas dan sangat melampau kan, huk3... Maaf encik boypren, takda maksud pun. Kamu tetap di hati saya.

Bagi saya kamu terlalu memanjakan saya, tapi sebenarnya saya suka. Tapi saya takut untuk jatuh cinta 100% dengan kamu, saya takut bila satu hari nanti kamu pergi, saya akan kecewa dengan sangat teruknya.

Saya tahu saya patut menghargai segala penat lelah kamu untuk saya, bila masa saya perlukan kamu, jarang sekali kamu tiada... sebolehnya kamu memang ada. Travel beratus-ratus km, mencuri waktu kerja kamu untuk bersama saya, tolong itu ini, bagi itu ini, teman itu ini, layan karenah famili saya, sedangkan saya.. saya pun tak tau saya pernah buat apa untuk kamu, huk3

Tapi kadang-kadang saya sengaja butakan mata atas segala kebaikan kamu sebab saya takut saya  akan kecewa di masa hadapan.

Saya mahu kamu tahu yang sebenarnya I Love You. Entri ini di taip dengan linangan air mata okay. 

p/s: Saya berdoa harap hubungan kita dipermudahkan oleh Allah S.W.T~ dan kamu sentiasa jaga hati kamu untuk saya. Sila jangan muntah pada sape yang baca.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

::My Heart Goes Shalala::

Siyes.. my heart goes shalala~ oh yeah!

Demam beberapa hari yang lepas, siap menggeletar segala, sengal sendi badan, running nose, sore throat sume hilang okay bila sampai ja Sandakan ni.. siap bule tido lewat malam dan bangun tersangat la awal di pagi hari...  

Pelik kan? Pelik kan?

Pelik pelik pun.. saya suka! auwww~ my heart goes shalala!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

betapa saya rindu.

Rindu sape? kekasih hati kah? *bukan3.. yang tu rindu jugak tapi rindu versi lain*

Versi rindu-rinduan sekarang ini, adalah rindu lain~ rindu zaman muda-mudi, nama pun zaman muda-mudi kan, harus lah perangai pun muda-mudi jugak...

Saya rindu zaman itu.. zaman setadi saya, zaman ponteng kelas saya, zaman susah nak bangun pagi saya, zaman bangun pukul 12 saya, saya rindu sangat3...

Biarpun masa itu buleh dikelaskan sebagai zaman tiada duet saya, huhu.. sekarang ada duet ke? adalah jugak tapi kurang mencukupi, banyak komitmen.. ye ke?

Dulu xde apa-apa bil yang kena bayar, sekarang dah ada.. dulu xde umah yang nak kena bayar, sekarang kena bayar umah sewa, dulu topup selalu mintak kat ma ayah, sekarang jangan harap, adik bongsu lg yg mintak topup, huhu~

Nasib baik saya takde kete lagi~ nak kete? lesen kete takde lagi yek, saya asyik bertangguh je nak belajar memandu, aiyoyo... ni sume sebab kekangan masa la!

Siyes saya rindu zaman setadi saya... nak balik masa tersebut bule? tapi dengan keadaan poket yang macam sekarang ni la, huhu


p/s: godek2 gambar kat fb, tetiba jadi rindu sangat2


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bibir ku menggelupas.

Menggelupas tapi tak banyak, sikit-sikit ja tapi tetap rasa kasar, bajet bibir halus la, ekeke~ rasa tak selesa.

Ni mesti sebab last week aku bajet nak hot kat bank tu kan, dari pagi sampai ke petang aku pakai lipstick ja, tak pakai lipbalm yang aku selalu guna~ 

Konon-konon nak bibir warna pink la, huih~ sekali ko hamek bibir menggelupas! 

Minggu ni sila pakai yang lipbalm biasa-biasa tu jeh. Jangan nak mengada,hu~

p/s: kulit bibir saya alergik la, jenama apa yang ok eh? Jangan la yang harga 1 batang lipstick atas RM50, yang tu memang saya tak mampu nak beli.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hati menangis tiada sapa tahu.

Betul.

Hati menangis tiada sapa yang tahu. Yes, Allah knows. Tapi manusia tak.

Mata menangis pun manusia tak nampak. Sebab dalam rumah ini aku sorang-sorang jek.

Kalau bantal dan selimut boleh berkata-kata, mungkin mereka sudah memujuk diri ini agar berhenti menangis.

Kadang-kadang rasa diri segagah badang, tapi bila dah lembik, tak tau nak describe lembik macam mana nya saya.

Sebab bila dah lembik tu, macam-macam perasaan timbul.. menyesal nya buat ini dulu, menyesal nya ikut cakap ini, ikut cakap itu dan akhirnya...

Terpaksa redha jugak sebab telah memilih jalan yang ini, apa jugak akibatnya haruslah aku yang tanggung sorang diri. Iya seorang.

*eh.. jangan ingat aku terlanjur yang tuut dan terus pregnant pulak, No..no..no*

Dan yang mampu hanyalah berdoa~ Betul kata Miro kadang-kadang sampai tertido dengan air mata.

Bila bangun dari tido, ya still dengan kehidupan yang sama sebelum tertido tadi. Nanges lagi pastu.. yang tu TIPU ja, harus lah aku akan cakap Gambateh Marni, biarpon hati dah tawar, payau.. huk3

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Our 1st travel date.

Last week kan saya gigih menghabeskan cuti tahunan saya yang memang sedikit sahaja itu, 3 hari sajok.. bersyukur lah nak, at least ada peluang bercuti daripada takde langsung!

Dan cuti saya amat bermakna ye kawan-kawan, sebab En boypren datang melawat saya yang jauh beratus km dari diri nya,hewhewhew… Padahal bule sajok saya balik Sandakan terus dan hanya berdating di sana saja, tapi En boypren nak datang, takan saya halang kot, padahal kalo dia tak jadi datang, memang sedih sangat3 la saya.

Terima kasih En boypren sebab datang dan bawak g makan ikan baulu my febret, lepas tu lempiaskan nafsu kat durian biarpun perut time tu dah full. *tak best makan durian time kenyang, rasa rugi pulak*

Dan yang tak buleh saya lupa adalah travel date kita, will remember it forever ;). Thanks dear! 

*En boypren saya~ tapi dia nampak pendek la kat sini*


*Ini gadis gemok, uwwa*


Next piccca please~ hehe… 



*Floating guest house*

Saya sangat teruja nak menginap kat situ, macam best jek… tapi kat Semporna ni takde apa pun sebenarnya, kecuali la berhajat untuk pergi melawat pulau-pulau, yes.. buleh datang sini, maybe next time la~

Okay lepas puas bertenggek tengok ikan pemalas yang gemok-gemok, kami berdua pun chow tanpa menjamu selera hidangan seafood di sana sebab dua-dua kenyang lagi, so sangat rugi makan makanan mahal-mahal kalo tak lapar, haha…


Please come again to Semporna!

Kami pun terus melawat daerah seterusnya iaitu Kunak, pun cuma pekan sahaja, berhenti rehat sebentar… En boyfie ajak lepak kfc, dia kata makan ringan-ringan sahaja, fries sebagai contohnya. Sekali saya order zinger bege, ringan la sangat. Sementara saya tunggu En boyfie sampai dengan order, saya pun mesej Atai, mana tau buleh meeting2 kan… Tapi Atai bizi, tak buleh jumpa2…

Lepas kenyang jek, berdesup masuk kereta terus menuju ke Lahad Datu. Sampai Lahad Datu, cakap kat En boypren nak makan durian lagi, semalam tak puas…

Yeay.. En boypren beli durian besaq punya, kami drive thru sajok, mcm mcd pulak, huhu…makan dalam perjalanan, bersuap-suap gitu, amek ko comot-comot dalam kete, rakus sangat kan, eeuww… gediks-gediks la ko Marni, haha!

Dan terus bertolak balik Sandakan, tak singgah mana-mana lagi… Sampai Sandakan dalam pukul 5.30pm, terus menuju ke restoran seafood pujaan hatiku..
En boypren sangat3 memahami kehendak nafsu makan saya la, ;)


En boypren suggest order sotong masak pedas, tapi kami salah order~ takpe la, next time k. Nampak tak udang kat hujung sana tuh, walaweh.. tu hidangan paling superb tu! Pujaan kalbu.. Lepas je makan, perut kenyang dan saya pun senyum lebar macam dalam gambar bawah ni



Tapi sampai-sampai rumah, ku lihat semua orang muka ketat, ngapekah? Oh.. rupa nya dorang ingat saya kawen larik di Kalimantan, sebab travel dari awal pagi sampai ke petang tak sampai-sampai, kekeke…. Dan call berpuluh kali pon saya x angkat, OMG.. saya x perasan sangat banyak call masuk, time tu saya tengah sedap makan udangg, hihi~





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adoi.. jakunnya.


Akhirnya “new year off” selama 3 hari berakhir hari ini ye, esok dah kena mula menghadirkan diri ke opis masing-masing, jangan gatai-gatai nak amek “plan MC” ye kawan-kawan.

Apa aku buat selama 3 hari ini di rumah sewa? OMG.. bak kata Miro Mok “gigihnya ko tak balik cuti..” Aku pun OMG dalam hati jugak, dulu kerja kat kL ada alasan la tak balik, sebab beribu-ribu kilometer jauhnya, yang sekarang ini keje kat Sabah, beratus-ratus kilometer pun masih tanak balik jugak, aigoo~

Sebab last week aku dah balik, kematu bontot kot nak naik bus selama 6 jam lebih setiap minggu, kalo pulang balik tak ke dah 13 jam, huhu… So, saya pun amek keputusan untuk duduk umah sewa je sorang-sorang selama 3 hari, settle kan semua baju kotor saya, sapu-sapu rumah bagi bersih sikit sebab minggu lepas tak sempat kemas, saya bergegas untuk  balik kg.

Hari ini saya pun bercadang la untuk keluar jalan-jalan di bandar Tawau, jammed weh.. sangat jam, luar biasa jam nya, huhu… macam kat kL pun ada, over la ko Marni, hiks3~ bukan setakat jammed je, hujan renyai-renyai, gerimis-gerimis.. tak lebat la maksud nya~

Gigih okay saya berjalan di tengah hujan gerimis, buleh buat video klip ni. Konon-konon saya hendak window shopping je, tapi maaf ye takde window shopping dalam kamus hidup ku.. akhirnya jadi door shopping jugak bila barang-barang di bawah ini berjaya ku bawak keluar dari pintu kedai-kedai tersebut, hek3…

Meh tengok.. meh tengok… keperluan ke ni? Bukan ini kehendak. Sekian.


See… bila masa Marni mula pakai peel off face masker? Tak pernah kot, ini first time.. Teruja nya, maaf kan kejakunan saya. Mula-mula beli yang putih n gold tu je kat Watson, memandangkan Watson tempat saya tak jual produk Loreal, kena la diriku menapak ke Guardian. Pelik la saya nape Loreal takde kat Watson, bukan selalu nya ada ke? Ke memang takde? Huhu…. Pening sorang-sorang.

Weewitt… saya gatal nak try foundation baru, padahal yang ada kat umah pun tak habes guna lagi, lantaklah aku dah bosan pakai yang kat umah tuh, nak baru jugak. Saya pun try Loreal Revitalift. Niat di hati nak try True Match ke Perfect Match tah, tapi nampak yang ni lagi menarik, sebab ada tulis “serum inside”. Pastu kaler pun menarik. Merah membara yow.




Baca tak kat atas tuh, Instant Lift + Anti Fine Lines? Makna nya diri dah semakin tua. Huk3… Pakai produk pun kena carik yang bule kaber garis-garis manja di muka. Ohmaigod sekali lagi. Masker-masker yang saya beli pun sume nya collagen base and lifting punya, betapa risau nya diri dengan keadaan kulit muka, nanes sorang-sorang.

Sampai-sampai je umah, saya makan KFC dulu baru buat projekkk… Projek apa? Ala yang gitu-gitu tu..projek sorang-sorang ni hah.




Ni la projek nya.. projek menampal emas dekat bawah mata tapi senget banyak kan, biasa la first time user kan, nanti dah selalu guna pro la tu. Hiks3… Tampal selama 30 minit ye. Lepas tu cabut. Lepas cabut buleh tengok cermin sambil perasan dengan keadaan kulit sendiri, hihi… tapi siyes best jugak pakai ni, esok nak beli lagi la~ nak tampal hari-hari bule? Jakun lagi.. adoi.








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS