RSS

:: Setahun Sudah ::


Hoyeh.. setahun sudah kenal dengan my munchet, *ok, i admit memang baru lagik* tapi mana nak datang 10 tahun kalo tak bermula dengan setahun jagung, ye dop? 

Sangat tak terasa hokeh masa berlalu dengan cepat, kenal antara satu sama lain adalah di bulan Ramadhan tahun lepas, kenal biasa-biasa langsung takde perasaan apa-apa, hanya lah sebagai kawan, kawan yang bermusim, iaitu yang macam chipsmore... Sekejap ada sekejap takde~ well, Allah lagi mengetahui perjalanan semua ini, tetiba jah, 0oppsiee... i fall in love!

 Dan jangan cakap la dalam masa setahun ini, hidup aku hanya penuh dengan warna-warni pelangi jah, itu semua menipu belaka... Kompom la ada tercalar balar yang sangat malar, terluka mana-mana, terbengkak kat sesetengah organ dalaman, its normal right? dah nama nya hati... benda yang satu ini memang senang nak cedera dan sangat komplikated untuk di jaga, hukhukhuk.... betul kan kawan-kawan?

Mungkin jugak dia bukan Prince Charming yang aku idam-idam kan di zaman kanak-kanak dahulu, but still dia boleh buat aku tersenyum... Dan mungkin jugak ada perangai dan perbuatan diri nya yang tak menyedapkan hati dan tak berkenan dengan ku, menyebabkan aku rasa sedih dan nak mengamuk... at least, dia bagi aku peluang untuk merasakan 2 keadaan yang berbeza, senyum happy dan menangis sedih...

Tapi apa yang penting marilah sama-sama menjaga hubungan ini dengan baik dan cermat, marilah perbaiki setiap kelemahan dalam diri I mahupun dalam diri You~ boleh kan? anyway, thanx tuk all the memoirs sepanjang haru ini ;), harap kekal selama nya! auuwww~~~!!

p/s: Jika Dia Benar Untuk Ku, Maka Dekatkanlah Hatinya Dengan Hatiku, amin.....








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:: Bila Aku Mengeletis ::

  
Kegedikan yang melanda di awal pagi, apabila gatal-gatal tangan mau mencuba shawl yang baru di beli semalam, biarpon balik subuh pagi tadi dah kecoh 1 umah ktorang sebab try try barang baru beli...

Aku bukan la sorang yang suka sangat pakai benda lilit lilit ni, rimas satu hal, tak yakin pon dua hal jugak.. padahal orang lain tak kan perhatikan aku pon kalo aku pakai shawl terbalik ke apa fesyen ke, tapi sebab konfiden lebel sangat la rendah, tak berani mau mencuba... 

Tapi semalam kuar shopping, tengok Afi sebok beli tuk ma dia, aku pon sebok pilih untuk diri sendiri... miahaha~~ dalam hati beli jek la, biarpon pakai nya taktau bila kan sebab sangat jarang jarang kot pakai shawl kecuali masa belajar dolu-dolu, masa sebok sebok g tasik banding, time tuh jeh la... lepas tuh, tenggelam timbul la shawl aku~

So, gambar kat atas tuh setelah aku berusaha melilit lilit pagi tadi sebab bosan takdek keje, semua orang keluar dan berjalan-jalan shopping raya... Maka, dapat la bentuk selendang yang aku lilit macam kat atas tuh, berserabut kan? takpe la, saya kan budak baru belajar...  tapi macam best dan lagi senang dari menyarungkan tudung bawal, tapi muka saya sangat tak sesuai la pakai shawl~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

::Kekurangan Kasih Sayang::

Tajuk entri langsung tak melambangkan isi entri, sebab tak tau nak bubuh tajuk apa... Hari ini kekurangan kasih sayang la, maka memanjakan diri tuk shopping, niat di hati adalah shopping baju raya tapi sekaligus nak menziarahi Sogo yang dah lama sangat tak di jenguk...

Lepas jumpa doktor sebab "cirit-birit makan tepung pelita lepas sahur", tak kisah... takan aku nak duk diam kat umah kot weekdays, rugi woo... time ni kompom tak ramai makhluk kat Sogo mahupun Jalan Tar, peluang terbaik ni Marni oi, shopping sepuas2 hati.... Laju je jari jemari ku g text Lyn, ajak keluar!

Maka, kami pon jumpa kat KL Sentral, dia suh tunggu depan lrt, sambil tunggu sambil usha-usha barang, harus la.. tetiba dari jauh nampak sorang foreigner tapi berpakaian ala2 muslimah, aku dari jauh dah bantai gelak sebab Lyn datang dengan shade dia, bergaya weh. haha... jangan marah Lyn!

Bergerak la menuju ke Sogo, g usha-usha handbag, cantik nya... berkenan kat hangbag satu itu, menyimpan niat untuk membeli selepas dapat komisen, dari tengok handbag g tengok baju pulak, aku kan jenis yang agak mudah kalo dalam pilih baju, once aku dah nampak cantik terus grab, bila hati rasa serba salah nak beli tuh maksud nya tak nampak cukup cantik lagi ataupon tak cukup duet, kahkahkah.... dan hari ini berjaya membeli 2 pasang baju dan sehelai seluar, cukup berpuas hati!

Keluar dari Sogo, niat nak usha & sekaligus beli baju raya, tapi hampa nya sebab panas kot, sesak kot, dan yang paling penting PUASA, tak larat.... round beberapa buah kedai baju, belek-belek dan tengok harga terus chiao menuju ke stesen lrt terdekat dan balik ke rumah masing-masing sebab dah keletihan dan kepenatan yang amat sangat... Sampai-sampai rumah je, try-try baju yang baru beli dan terus pengsan atas tilam yang empuk ;)

Niat hati lagi nak memasak untuk berbuka tetapi kecundang di tengah-tengah tilam kerana ku tak larat bangun rasa nak demam, tapak kaki sejuk gila cam demam, wuwuwuwu.... Nasib baik Afi tolong masak untuk juadah berbuka hari ini ;)

Apa yang penting esok Jumaat dan esok nak p makan ayam golek-golek lagi!

p/s: tadi doc kat klinik amek berat as 4 record, and i feel like OMG! that time... ;(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

oh.. jauhkan la perasaan ini~

Sememang nya manusia serba kekurangan, begitu jugak diri ku sangat banyak kekurangan kot... Cuba untuk melakukan yang terbaik, tetapi kadang-kadang ye aku kalah dengan perasaan yang satu ini, syak wasangka, ragu-ragu dan yang seangkatan dengan nya...

Bila benda yang bersangkut paut dengan perasaan, of course tak berapa mudah nak handle kan, sebab perasaan berkait dengan hati, malah hati itu pulak adalah fragileee terutamanya hati perempuan, eeuuww... apa yang aku merepek ni? tapi betul la, hati aku sangat fragile ketika ini, tak tau mengapa...

Tersilap cakap sikit jeh, aku dah fikir yang bukan-bukan.. fikir benda yang merapu, secara automatik nya air mata mengalir, tak tau ngape ye sejak kebelakangan ini air mata mudah sangat mengalir deras sedangkan bila di fikirkan semula, benda itu adalah sangat tak rasional tuk mengalirkan air mata, adakah tanda-tanda menopause? oh no.. i muda lagik!

Semakin hari rasa diri semakin lemah, langsung tak tau macam mana nak control emosi yang semakin membuak-buak, ada sama masalah kerja, peribadi, ataupon masalah yang melibatkan perasaan dengan seseorang, for the time being, i guess i don't know how to control it anymore? sob3...

Mungkin aku memerlukan rehat yang sangat panjang kot... haih~






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ramadhan: Hari Keenam..

Dan lagi aku tak bersahur hari ini, tak sempat nak jenguk pon budak-budak umah makan apa pada pagi ini, yang aku tahu aku hanya kroookkk... kroookk jeh sampai pagii~ hihi

Dorang kata makan roti sandwich + telor jeh.. okay la tuh, diet korang, hihi....

Tapi yang best pada hari ini adalah part bukak posee.... Makanan sedap you, Miro and Afi masak, Udang Masak Lemak, kecur i liur i taw! Kecur sangat-sangat

Pas jeh bukak pose, jum kite menghabeskan duet kat Mid, niat hati nak tengok wayang... Captain America, sebab orang sok sek sok sek kat fb kata cite tuh best, and niat utama nak beli Big Apple, termengidam yang sangat2.. 

Tapi tengok wayang tak dapat sebab ramai sangat orang dah book, full! Kalo ada pon yang depan screen, gilak sakit kepala nak tengok lama-lama better tak payah... dan Big Apple pon remains jadi kempunan, yang di bawak balik adalah baju kecik-kecik, kasut dan jugak lain-lain... 

p/s: kerisauan yang melampau sebenar nya!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS