RSS

::Kekurangan Kasih Sayang::

Tajuk entri langsung tak melambangkan isi entri, sebab tak tau nak bubuh tajuk apa... Hari ini kekurangan kasih sayang la, maka memanjakan diri tuk shopping, niat di hati adalah shopping baju raya tapi sekaligus nak menziarahi Sogo yang dah lama sangat tak di jenguk...

Lepas jumpa doktor sebab "cirit-birit makan tepung pelita lepas sahur", tak kisah... takan aku nak duk diam kat umah kot weekdays, rugi woo... time ni kompom tak ramai makhluk kat Sogo mahupun Jalan Tar, peluang terbaik ni Marni oi, shopping sepuas2 hati.... Laju je jari jemari ku g text Lyn, ajak keluar!

Maka, kami pon jumpa kat KL Sentral, dia suh tunggu depan lrt, sambil tunggu sambil usha-usha barang, harus la.. tetiba dari jauh nampak sorang foreigner tapi berpakaian ala2 muslimah, aku dari jauh dah bantai gelak sebab Lyn datang dengan shade dia, bergaya weh. haha... jangan marah Lyn!

Bergerak la menuju ke Sogo, g usha-usha handbag, cantik nya... berkenan kat hangbag satu itu, menyimpan niat untuk membeli selepas dapat komisen, dari tengok handbag g tengok baju pulak, aku kan jenis yang agak mudah kalo dalam pilih baju, once aku dah nampak cantik terus grab, bila hati rasa serba salah nak beli tuh maksud nya tak nampak cukup cantik lagi ataupon tak cukup duet, kahkahkah.... dan hari ini berjaya membeli 2 pasang baju dan sehelai seluar, cukup berpuas hati!

Keluar dari Sogo, niat nak usha & sekaligus beli baju raya, tapi hampa nya sebab panas kot, sesak kot, dan yang paling penting PUASA, tak larat.... round beberapa buah kedai baju, belek-belek dan tengok harga terus chiao menuju ke stesen lrt terdekat dan balik ke rumah masing-masing sebab dah keletihan dan kepenatan yang amat sangat... Sampai-sampai rumah je, try-try baju yang baru beli dan terus pengsan atas tilam yang empuk ;)

Niat hati lagi nak memasak untuk berbuka tetapi kecundang di tengah-tengah tilam kerana ku tak larat bangun rasa nak demam, tapak kaki sejuk gila cam demam, wuwuwuwu.... Nasib baik Afi tolong masak untuk juadah berbuka hari ini ;)

Apa yang penting esok Jumaat dan esok nak p makan ayam golek-golek lagi!

p/s: tadi doc kat klinik amek berat as 4 record, and i feel like OMG! that time... ;(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Pot Pet Pot Pet...!!: