RSS

mengarut.

Pernah saya cakap dengan ma bahawa saya tak pernah kisah tentang jodoh saya.Sebab ma seakan-akan risau dengan keadaan percintaan saya sekarang ini, mungkin pada penglihatan ma saya seakan-akan meletak 100% hati saya pada si Dia, dan menyebabkan mungkin ma risau apabila satu hari nanti hubungan ini tak berjaya, saya akan kecewa, hati remuk redam, haha... 

Tiap kali phone call dengan ma, mesti ma tanya.. "ehem2.. datang Tawau lagi ka?". Aku hanya mampu tergelak sambil tanya semula, "Napa risau betul ni? Bukan nya kami buat apa pun, haha...". Saya faham kerisauan di hati ma. 

Dan pernah sekali ma menyuarakan hasrat masa hari pertama sampai Tawau, mungkin sebab dia nampak kami berdua dah macam belangkas. Ma tanya mau bertunang tak? Gulp... saya yang seakan terkejut sebab saya sendiri tak pernah terfikir hal itu, sangat lama lagi kot. Mungkin saya pernah gediks gatal cakap dengan kawan-kawan yang saya teringin sangat nak bertunang. Tapi perasaan saya masa cakap tu adalah seperti perasaan saya sewaktu mau shopping kasut atau baju. Bila dah bangun tido keesokan hari nya perasaan itu akan hilang, hanya eksaited pada waktu tertentu sahaja. 

Sebab itu saya cakap saya tak kisah jodoh saya dengan siapa, biarpon bukan dengan orang yang bersama dengan saya sekarang ni pon, saya tak kisah.. mungkin saya sedih la jugak tapi saya boleh terima InsyaAllah, sebab jodoh itu adalah rahsia Allah ;) dan saya hanya mampu menerima dan menikmati, apakah? hihi

Bukan nak kata saya tak letak 100% perasaan saya pada hubungan sekarang ini tapi yes.. kena berpada-pada, simpan sikit untuk diri sendiri ;). So mum, no worries k!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Pot Pet Pot Pet...!!: